Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Sunday

Pagi Yang Gelap

Pagi yang gelap kini sudah terang aku adikmu dan engkau abang.

Hari ni sangat lah best menonton channel sukan. Bayangkan, derby Manchester United-City, United menang 2-1. && overhead kick Rooney sangat ohsem!

inilah hasil latihan bersama skuad takraw thailand. memang mengancam!

I BELIEVE I CAN FLY!!!
nani-berat lah ko ni shrek


Lepas tu apa yang memberi aku kepuasan, bila tengok Theo Walcott, Cesc Febregas & Jack Wilshere control midfield. Memang power siot.
lagi kepuasan, melihat Spurs menang lagi. 

Liverpool seri? Apa ada hal. Hahaha.

Btw, Barcelona seri je. Ini memberi sinar kepada Arsenal sebab diorang nk lawan tak lama lagi dah ni.

#update - adeh, camne la aku leh lupa. Perlawanan top 4 tempatan pula, iaitu antara Perak dan Negeri Sembilan berlangsung malam td. Keputusannya ialah, Perak menang 2 - 0 hasil jaringan Shahrul Nizam dan Akmal rizal.

Friday

11022011

sampai hari ni, aku masih tertanya-tanya kenapa abang-abang tnb suka sangat makan dekat kedai senyum setiap pagi.

Dan masih lagi aku tertanya-tanya, bila aku nak mula menulis log book ni. Hanya contengan sahaja ada di kertas. Lakar ini dan itu, entah bila akan diterjemah ke bahasa pemahaman orang ramai dan lukisan yang mampu dilihat oleh orang lain selain aku, kemudian angguk tanda faham.

Tanah Melayu

Cuti

Di waktu cuti peristiwa untuk perayaan bangsa melayu, seperti raya puasa ke, Maulidur rasul ke, cuti biasanya sehari dua je. Itu pun untuk penjawat kerajaan dan swasta(bukan bekerja untuk diri sendiri). Kedai-kedai biasanya banyak yang buka. Waktu ni lah nak kaut untung lebih.

Berbeza dengan cuti untuk tahun baru cina, 80% kedai tutup. 20% lagi bukan lah kesemuanya Melayu yang punya. India pun ada yang berniaga, Indon pun ada. Dari 80% kedai yang tutup tu, tak semua kedai cina gak. Ada je kedai melayu. Orang lain cuti, kita nak cuti jugak kan? Berbeza, waktu ni si melayu tak dapat nak kaut untung lebih.

Biasalah, ini Tanah Melayu. Melayu itu sendiri bangsa yang pemurah. Berapa banyak tanah orang melayu terjual? Yelah,kesian lak bangsa lain takde tanah. Jualkan aja.

TANAH MELAYU KITA PUNYA. Kita punya hanya di mulut, tapi di kertas penuh dengan nama-nama Cina. Tanah Melayuku.

What a catch, Donnie

.

Pagi

Hari ni, keluar keja awal sebab ada breakdown. Nanti bising lak orang kampung, takde elektrik. Sebelum ke site, singgah sebentar bersarapan. Persetan soal sarapan. Sesudah selesai, aku capai surat khabar kosmo tak jauh dari cawan kosong di meja sebelah.

Pakcik sebelah asyik usha aku. Apahal pakcik ni. Ahh, lantak kau lah! Encik Din bangun seraya terus ke kaunter. Yang lain mengikut sahaja. Aku yang akhir membayar. Semasa mak cik di kaunter nak memulangkan duit baki, aku terpandang pakcik tadi lantas bangun, mengambil surat khabar itu lantas terus masuk ke dalam kereta.

Satu je aku nak kata. DAYUM!!!


Petang


Petang ni punya breakdown ada lagi. Kerjanya, di rumah seorang lelaki cina. Tak perlu ku ceritakan perihal kerjanya. Macam korang tau je. Aku terpandang majalah separuh lucah atas meja. DAYUUM!!!

Apek cina tu sungguh baik hati sebab menawarkan kami minuman tin dan limau mandarin. Penat, hari-hari limau. Biarkan..... Terpandang 4 air tin di tangan. Coke, Kickapoo, 100 Plus dan,...

Eh! Uncle, ini arak ke? 

Bukan lah, ini tarak mabuk punya.

Check tin, ada logo pengeluar minuman. Guess who. Carlsberg. Lagi sekali, DAYUM!!!