Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Friday

No latest entry

.

sorry la... tiada entry terbaru dari aku sebab sibuk dengan class, && aku tengah dok mentelaah  untuk final ni... shuhhh shuhhh.... pi blog lain dulu.... nanti ada post baru aku roger... hahaha....

Paul the Octopus #2

.

maaf la atas kesilapan entri aku sebelum ni... sebenarnya perlawanan final diantara Spain & Netherlands nanti, Paul telah memilih Spain.


jadi, dengan ini aku menarik balik kata2ku di entri yang lepas;
macam EURO 2008 yang lepas, ramalan Paul betul semuanya kecuali ketika final, dimana Paul memilih Germany. Tapi akhirnya Spain jugak yang menang. adakah anda begitu yakin yang Paul sebenarnya memilih pemenang di peringkat final, bukannya yang akan kalah?

haha, mungkin waktu EURO 2008 dulu, Paul masih belum mahir, so predict ada sikit salah. Skang dah 2010, dia pon dah makin matang, dah 2 tahun dah dia, so dah mahir la.. Haha, aku suka putar belit? sukati aku la...

Paul jugak dah predict perlawanan penentuan tempat ketiga antara Germany & Uruguay, dan Paul pilih Germany. mungkin sebab takut digoreng rempah.. hahaha... Yang hebatnya, Paul The Octopus dah macam ada rancangan sendiri apabila beberapa buah stesen TV di Spain, Germany, Netherlands and Uruguay interrupted rancangan yang tengah keudara dan menayangkan Paul memilih pasukan yang mungkin menang. Femes seyh sotong ni...

btw, jgn lah taksub ye, nnt syirik... daripada dok taksub dengan sotong, apakata korang usha2 jersey2 ni.. kot2 la teringin nak beli kan... tp macam mahal je.. apa daa amazon, jual yg cilok dah la.. hahaha...














.

Paul the Octopus

.

Apa yang kecoh sangat dengan sotong sekor ni?? Femes sangat ke dia ni? Untuk pengatahuan anda, Paul ni bukan lah sotong-sotong yang dok menjaja kat Lake View tu ke hape, tapi Paul ialah nama kepada seekor sotong kurita.. Ye, sotong betul ye, bukan mak nyah...Paul ni memang udah terkenal sebenarnya sejak EURO 2008 lagi, tapi semakin femes bermulanya World Cup edisi kali ni kerana telah meramal perlawanan bagi Jerman dan buat masa ni 100% betul... Aku kipas susah mati Spain! wuhoo!!!


Macam mana Paul buat ramalan? Pakai kad ke hape?

Paul akan diberi makanan oleh penjaganya; Oliver Walenciak menggunakan kaedah dimana akan dimasukkan dua bekas makanan ke dalam akuarium tempat tinggalnya. Satu bekas dengan bendera Jerman dan satu lagi bekas dengan bendera Spain contohnya. Yang mana pilihan Paul, itulah yang akan jadi pemenangnya.

tapi malangnya Paul meramalkan Spain akan kalah kepada Netherlands nanti. Eh eh eh! Tapi, nanti dulu... macam EURO 2008 yang lepas, ramalan Paul betul semuanya kecuali ketika final, dimana Paul memilih Germany. Tapi akhirnya Spain jugak yang menang. adakah anda begitu yakin yang Paul sebenarnya memilih pemenang di peringkat final, bukannya yang akan kalah? Haha, goyah la tu..

pape pun jangan terlalu taksub dengan ini sotong. syirik nanti.

Wednesday

Man Of the Tournament

.

 sekalipun World Cup berbaki 3 perlawanan lagi, tapi aku dah buat keputusan siapa Man Of Tournament yang aku nampak kali ni...

Diego Forlan of Uruguay


kenapa Forlan? fair play, tapenah pon commit fouls, dengan jaringan 4 gol, dan gol-gol Forlan semua hensem walaupun menggunakan bola Jabulani yg dpt banyak komplen tu, dia dah exceed expectations dan dia seorang kapten yang dapat mengawal keadaan dengan baik.

#update
Diego Forlan dah sumbat sebijik lagi gol tadi, dan dia hampir2 meledak gol di minit2 terakhir, tp sayang terkena tiang pulak. Tp dia tetap mengekalkan fair play. Bg aku dia lebih kepada perancang dan pencipta peluang. Forlan bukanlah player yang bermain dengan agresif , tp bermain dengan bijak. Sayangnya, umurnya dah 31. World Cup 4 tahun lg dapatkah kita melihat wajahnya lagi? Kita tunggu dan lihat je...