Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Sunday

Pesanan Khidmat Masyarakat

Pesanan khidmat masyarakat kali ini ialah, "Jangan Sesekali Leka Dan Percaya 100% Dengan Tanda Harga Yang Dipaparkan".

Hari raya makin menjelang. Jadi seperti manusia normal yang lain, gua pun nak shopping raya. Untuk mamat normal seperti gua, tak susah untuk shopping raya. Ini ialah kerana, pertama, baju melayu ada 2 SAHAJA DESIGN. Gua boleh decide nak yang mana satu dari kat rumah lagi. Kemudian kaler apa. Tak macam perempuan yang nak kena tengok design yang berlambak-lambak. Jadi, decide nak ada koler ker tak, nak kaler apa, pergi kedai mintak kat kakak jurujual tu, bayar dan blah. Mudah bukan?

----------------------------------------------------------

Ok, berbalik kepada niat asal gua nak up entri ni. Waktu gua terai baju tadi, ada dua minah kepoh, pun nak terai baju. Tahap kekepohan mereka ialah seperti di dalam tv tu. Gua ingat mitos je.

Minah ni ambil baju dekat area gua ambil baju jugak. Tanda harga tunjuk RM80. Bersembang lah minah berdua ni bagaimana mereka akan kelihatan sangat hot di hari raya nanti. Dalam fitting room pun kepoh. Err, gua tak intai. Kebetulan minah ni terai baju sebelah fitting room gua.

Tengah gua nak bayar, minah ni pun sibuk nak bayar. Tengok macam bersungguh je nak beli. Bila minah tu tunjuk baju tu, kakak kat meja tu cakap,

"yang tu dua ratus sembilan puluh, kakak bagi la dua ratus tujuh puluh lima."

Jeng jeng jeng!

Dengan muka merah padam, minah tu pun berlalu pergi dengan muka yang sedih. Habis cerita.....

Pesanan saya, "LAIN KALI TANYA BETUL BETUL BRO."

1 comment: