Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Cerdik

kejadian ni berlaku waktu aku sem 5 dulu. Dah hampir setahun berlalu. Baru sekarang aku rasa macam nak tulis pasal ni. Time sem 5, wajib kena buat final year project.

Al kisah bermula, time tu aku ada dalam bilik lecturers. Aku tengah bincang dengan lecturer pasal fyp aku. Then aku dengar lecturer sebelah meja tu borak dengan lecturer yang sorang lagi

Lect A : Hang tau, student aku. Pegi turning aluminium kat kedai, kena charge sampai 3 ratus.

Lect B : Hahaha. Tu kena tipu dengan tokey kedai la tu.

Lect A : Tu lah. Apa la baik sangat pegi derma punya banyak camtu.

Kemudia mereka berdua sama-sama gelak.

Seperti Luci, aku terasa macam nak cari lantai, pastu gelak guling-guling je. Hahahaha. Mereka tak sedar ke apa yang student tu dah buat? Hahahahahahahahahahahahahahahaha!

Saturday

Kisah Makcik Yang Sensasi

Sekarang ni dengar kata ada seorang makcik di internet yang sangat sensasi. Ramai orang dok sebut-sebut pasal dia. Katanya dia menghina agama yang dianuti aku.

Aku dah terjumpa tulisan-tulisan dia. Cehh, ni perangai yang sama setahun dua tahun yang lepas. Pesanan aku? Buat dek je.

"Woih tuan tanah(aku la ni), lu ni gila apa sokong orang yang hina agama Islam? Kita kena perangi mereka!"

Buang karan je. Aku tulis macam ni tak bermaksud aku menyokong makcik yang entah-entah bukan makcik pun. Tindakan dia sangat lah hina. Tapi sini aku bagi tahu sebab apa.

1. Agak-agak, apa yang makcik ni harapkan? Dia mengharapkan orang ramai response. Itu memberi dia kepuasan. Jangan cerita pasal masuk neraka berdosa ke apa ke. Itu dia sendiri pun sudah tahu. Jalan terbaik? Jangan response. 

2. Jangan response tu tak bermaksud berdiam diri terus. Nak response tu boleh. Tapi jangan kita pulak yang buat dosa dalam process. 

3.  Makcik ni ada Facebook kan? Report je. Habis cerita. Kita tak kenal dia, bukan senang. Kalau lah dia tunjuk muka, senang-senang je dapat setel. Tapi tak guna jugak cakap berapi tapi kalau butang report tu pun malas nak tekan.

4. Sekali lagi aku ulang. "JANGAN BUAT DOSA PULAK DALAM PROCESS."

Benda ni kalau kita nak perangi dengan harapan kita nak semua page-page hina agama kita ni ditutup, teruskan bermimpi. Fikir balik. Hak milik siapa kebanyakkan lawan web social network? Bukan Islam bukan? Sedangkan mmereka pun tak dapat nak delete semua page yang menghina agama mereka sendiri.


Ingat balik. Mereka selalunya mendapat kepuasan bukan daripada menghina tuhan, nabi dan memesongkan akidah orang, tapi response dari orang lain, itu ya.

Wednesday

Terang benderang

Jikalau setiap kali seseorang solat, akan terpancar cahaya ke langit, nescaya dunia pasti akan lebih terang dari biasa di ketika menjelang exam sehinggalah result keluar.

Jadi, marilah kita bersujud dengan niat yang betul.

Sunday

Kuih Lapis

Pagi tadi, aku keluar nak menjamah sarapan di warung dekat sini. Sarapan-sarapan pun, ada lah dalam pukul 11. Tengah sedap aku menyentap kuih lapis ditemani si gadis MANIS nescafe ais, tiba-tiba terdengar buny;.

GEDEGANG!!!

Aku usha. Tak jauh dari situ, terjadinya kemalangan ringan. Ringan tak ringan, awek yang naik motor tu sampai menangis lah jugak.


Aku alihkan kembali pandangan aku ke santapan aku. Persetan mereka. Tapi orang keliling aku, termasuk lah makcik cashier tu kemain lagi kecoh. Sampaikan aku rasa kalau perompak sental habis duit dalam laci pun dia takkan perasan. Tapi kecoh di mulut je lah.


Baru aku nak suap kuih lapis lapisan yang tengah-tengah(ya, aku makan kuih lapis layer by layer) seorang pakcik bagun terus pergi tempat kemalangan. Aku terkedu kejap. Apa aku buat kat sini? Aku malu dengan diri sendiri.


Selang beberapa minit(kuih lapis tak habis lagi, sebab aku sibuk dok tweets. Tak tolong orang takpe, janji tweet) pakcik tadi kembali ke mejanya. Kemudian aku terdengar dia dengan nada agak berbisik berkata kepada kawan semejanya;

"No dia 6310. Plat Penang tu."

=.= ceh....

in b4, aku tak pernah pandai fikirkan title.

Kitaran

Golongan yang terdahulu, abang-abang kakak-kakak aku, termasuk la sesiapa sahaja yang lahir sebelum tahun 80an akan kata, budak-budak sezaman aku ni manja. Kalau waktu mereka dulu, semua susah. Bas, basikal susah nak ada. Yang aku ni beruntung.

Sekarang aku dah besar, umur pun dah sesuai menikah. Aku tengok budak-budak zaman sekarang. Aku, dan yang sezaman dengan aku kata, budak-budak zaman sekarang ni manja. Waktu aku kecil dulu susah. Hp, internet, moto, astro, semua tu tak ada. Yang mereka ini beruntung.

Genggam erat kataku,

Budak-budak zaman sekarang bila dah besar nanti, akan kata budak-budak di kemudian hari manja. Yang waktu mereka kecil dahulu, paling hebat pun bawa motor je ke sekolah. Yang kemudian ni beruntung.

Genggam erat kataku,

Yang mereka kata aku dan sezaman itu manja, hidupnya lebih beruntung dari yang hidup di tahun-tahun sebelumnya. Mereka dikatakan manja. Mereka tidak sedar, yang mereka beruntung.

Wednesday

Nasihat #2

Ni nasihat ikhlas dari aku. Jangan lah jadi orang tengah satu urusan jual beli kalau tak confirm condition barang yang di urus niaga 100% seperti yang sudah jelas dia kedua-dua pihak. Menyesal nanti.



IKHLASSUPAYATAKJADIMACAMAKU. The End.

Tuesday

Nasihat

Nak nasihat orang harus kena dengan cara.

Sekarang ni aku selalu jumpa kat internet, orang yang bertudung tapi macam-macam fesyen diorang applied. Lantak diorang lah. Aku bukan faham sangat hati perempuan ni.

Tapi masih ada mahaguru-mahaguru, ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah yang sikit punya bijak pandai ilmu taraf cakera alam datang dengan nasihat;

"Kalau pakai tudung macam tu, lebih baik tak payah pakai tudung. Kan senang free hair je. Buat apa pakai tudung nampak tetek?"

Aku malas nak komen. Tapi dalam fikiran aku, beberapa situasi yang sama bermain-main dalam kepala hotak aku yang tak berjambul pun. Lebih kurang macam ni lah.

"Buat apa kau solat kalau tak cukup 5 waktu? Rugi je waktu lain-lain yang kau sembahyang tu."

"Buat apa kau puasa kalau tak solat?"

"Buat apa kau kurang kan hisap rokok dari 2 kotak ke sekotak sehari kalau kau masih hisap rokok?"

Last-last, orang yang dinasihat ni tak sembahyang langsung, tak puasa, dan masih beli 2 kotak rokok sehari.


Boleh aku kata orang yang bagi nasihat ni semua bangang tak?

Siapa yang kata orang pakai tudung pakai baju ketat dengan orang yang free hair tu, dua-dua dapat dosa, aku setuju. Tapi fikir dengan logik. Kalau amount dosa tu boleh dibilang macam benda-benda yang nyata di mata, maka aku cakap dua-dua dapat dosa tapi dalam amount yang berbeza.

Sama jugak dengan kes rokok. Nak berhenti bukan boleh tiba-tiba tak beli rokok, tak hisap terus. Ada level yang kena ikut supaya badan tak terkejut dan kiok lebih awal.

Sebenarnya orang-orang yang bagi nasihat macam ni sendiri pun tak betul.

Apa akan dibuat jika anda ada RM 1500?

List dibuat mengikut turutan. Dari kepala turunlah ke kaki.

Mamat A

Original Frogskin - RM 700
Baju Paul Smith Original - RM 170
Seluar jeans Guess original - RM 260
Kasut Nike Air Max Rossi original - RM 320

Total - RM 1450 Baki - RM 50

Minyak kereta, shopping, belanja awek-awek dan kawan. Baki - RM -1000


Mamat B

Replica Frogskin - RM 25
Baju Polo replica - RM 45
Seluar jeans Evisu replica - RM 100
Kasut Nike Air Max replica - RM 160

Total - RM 330 Baki - RM 1170

Minyak moto, tengok wayang, belanja kawan-kawan dan awek. Baki - RM 120


Apek Sayur

Topi jerami - RM 10
Baju pagoda - RM 10
Seluar dulu-dulu, kerat bagi pendek - RM 0
Selipar jepun - RM 10

Total - RM 30 Baki - RM 1470

Naik basikal, makan kat rumah, keluar bawak bekal., lepak minum kopi segelas, member bayar sendiri. Baki - RM 1467.

Lu pilihlah nak jadi yang mana.

Pagi Yang Gelap #2

Roti canai, teh tarik, surat khabar & radio sinar.

Pagi tadi gua lepak kat warung. Pekena roti canai. Sorang sorang. Gua memang takde life dengan kawan-kawan. Tengah gua sedap hirup teh, bapak kawan gua datang lepak semeja. Gua takde hal. Borak lah apa boleh borak. Pasal bola, pasal retis, pasal politik gua malas layan. Pastu pakcik ni cucuh rokok. Terus pakcik ni tanya soalan kat gua.


"Hang hisap rokok dak mal?"

"Tak"ceh, dulu anak lu gak ajar gua hisap rokok.

"Baguih lah macam tu. Jangan dok jadi macam pakcik ni. Dah tak boleh buat apa dah. Nak berhenti mengejut nanti sakit. Hang yang muda ni, jangan dok start."

"Bereh pakcik."

Bereh kat mulut je. Gua masih tertanya-tanya. Bermain-main persoalan dalam kepala hotak gua ni. Alasan apa pakcik ni bagi ni? Kalau la ada kebenaran pun, jangan lah berhenti mengejut. Alah, alasan je tu. Sebab dah sangkut dengan rokok lama sangat, sampai rasa macam dah jiwa dan raga. Kalau macam ni punya nasihat, tak termakan punya lah. Patut lah anak lu pun hisap rokok.


Eh, kenapa saya guna "gua" "lu" dalam entri ni? Entah lah. Selalu saya guna saya awak je.