Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Tuesday

Kesempurnaan

Situasi 1 : Seorang yang cantik berkelakuan tidak senonoh.

"Sayang. Muka dah cantik, tapi perangai buruk."

-----------------------------------------------------------------------

Situasi 2 : Seorang yang hodoh berkelakuan tidak senonoh.

"Kasihan. Dah la muka buruk. perangai pun buruk."



Manusia memang sukakan kesempurnaan, lebih-lebih pada orang lain. Dan lebih rela diri sendiri penuh cacat celanya.

Saturday

Derma

Pelik juga aku melihat budaya menderma rakyat Melayu ni. Kenapa aku kata rakyat Melayu? Sebab aku paling dekat dengan Melayu. Aku boleh pandang dari dalam. Mungkin boleh diaplikasikan kepada rakyat Malaysia, tapi aku tetap nak teruskan dengan menggunakan rakyat Melayu.

Aku tengok sekarang, ramai yang anjurkan program. Dari program tu, duit keuntungan, hasil derma akan dibuat derma ke Gaza. Menderma itu perkara baik, tapi yang aku musykil, kenapa dibuat program? Kan ke bagus, duit buat program tu, terus dimasukkan ke tabung. Kan ke lebih banyak? Aku disini merujuk kepada program-program kecil, yang mana pungutan derma tak melebihi dari modal yang dikeluarkan untuk buat program,

Kalau yang pesen tayang filem, jual barang, lepas tu guna tag "Duit Keuntungan Akan Didermakan", ini logik lah sebab mereka juga perlu jual produk mereka dan selalunya barang jualan ni memang dah sedia ada.

Cuba fikir, satu program menelan belanja hampir beribu-ribu. Kalau yang hadir cuma ratusan orang, dan yang menderma puratanya cuma tak lebih RM10 seorang, berapa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan duit nak laksanakan upacara. Tu belum kira yang tak derma kan.

Di tempat aku sekarang ada diadakan satu program oleh satu badan politik. Bagi ceramah, minuman makanan percuma, sewa PA system, sewa khemah, print baju kasi free kepada ahli dibawah pimpinan parti, banner, dan macam-macam lagi. Dan di pintu gerbang, di sisinya ada satu tabung, dibuat dari bekas lutsinar. Untuk derma ikhlas pengunjung. Dan duit di dalam tabung inilah yang akan dibuat derma ke Gaza nanti. Kalau ini program politik tak apa, tapi program ini menggunakan nama, Save Gaza. Dan dalam tabung tu, setengah pun belum sampai duitnya, dan kebanyakkan duit berwarna biru.

Persoalannya, adakah ikhlas nak menderma, atau cuma menggunakan isu-isu hangat hanya untuk menjaja nama, menjaja parti untuk kepentingan sendiri? Medan batu loncatan untuk menaikkan nama?

Ini bukan berkenaan politik. Hatta kalau program tu dibuat oleh NGO pun aku kecam, tapi yang jadi ni dibuat oleh parti politik kan.

Monday

Asalnya Aku Nak Buat Status FB Saja, Sekali Mood Menulis Aku Datang & Title Pun Kemain Panjang Macam Yuyu Hakusho

Ni pendapat aku mengenai isu yang sekarang tengah hangat. Kes boikot. Lebih spesifik, kes McD nak bagi bege free. Isu dia, kalau kita bayar makanan di McD, duit tu disalurkan ke Israel ke apa entah la.

Kalau kita beli McD, duit kita yang bagi. So, ada kemungkinan kita tolong Israel ke apa bagi pandangan sesetengah pihak. Mungkin betul, mungkin tak. Pandangan aku, tak. Wallahualam.

Kalau McD bagi bege free, depa yang keluar duit. Kalau betul depa nak salurkan ke Israel, duit egg muffin ni darab dengan berapa jumlah depa nak bagi, salurkan terus ke akaun Israel, kan habis cerita?

-------------------------------------------------------

Kalau kata bila kita ambik bege free, bermakna kita support Israel, adakah kalau McD buat keputusan kumpul duit ni semua, bagi derma kat orang miskin, adakah orang miskin tu sekarang menyokong Israel?

Ni McD Malaysia. Takkan la organisasi besar macam ni, yang dalam dia sudah tentu ada orang Islam, takkan semua buta hati. Kita mesti ada member-member yang kerja untuk McD. Adakah patut tiba-tiba kita pergi ke muka dia, cakap dia bekerja untuk askar Laknatullah?

-------------------------------------------------------

Masalah kita sekarang ni, kita terlalu suka nak generalize kan sesuatu. Contoh di sini;

Asal Israeli je, jahat(aku ingat lagi kes Benayoun kena boo kat stadium time Chelsea lawan Malaysia). Asal McD bagi bege free je, nak meraikan kematian kanak-kanak di Palestine. Asal minum Coke je, menyokong tindakan Israel. Kita kena pandai mengasingkan perihal yang sangat berbeza ni.

Israel ialah negara. Israeli ialah bangsa. Benda ni ialah siapa mereka. Mereka tak boleh ubah di mana mereka dah lahir, dan dilahirkan sebagai bangsa apa. Bagaimana kita dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia, begitulah mereka. Dan kita melenting bila orang generalize kan Melayu ni pemalas.

Yang jahat sekarang ialah orang jahat. Mudah kan? Orang baik ialah baik. Orang Islam ialah orang Islam. Melayu ialah Melayu. Pemalas ialah pemalas. Dia tak bersangkut paut antara satu sama lain. Kita kena pandai bahagikan kategori yang berlainan ni.

Pesanan tambahan dari aku, sebelum nak menyebarkan apa-apa kepada orang lain, pastikan bahan anda tu sahih, tan wajar disebarkan.

-------------------------------------------------------

Maaf kalau entri mengejut aku ni serabut. Terlalu banyak benda aku nak tulis, tapi aku malas nak buat satu-satu entri yang berdiri sendiri. So, aku satukan je semua, sebab agak berkait rapat juga sebenarnya isu-isu ini. Sekian.

Saturday

Kuih Lapis #3

Ropie sedang melepak di kedai makan bersama rakan-rakannya. Mereka sebagai belia 4B yang berwawasan dan berpendidikan universiti kerajaan tempatan, tidak mungkin lah berborak hal-hal remeh bagai.

Tajuk perbincangan buka meja hari ini ialah pasal politik dan juga agama. Pong pang pong pang mereka berbalas sesama sendiri. Masing-masing dengan fahaman tersendiri tapi sebagai ketua buka meja, pasti lah Ropie yang paling lantang. Lagaknya seperti YB, berkepentingan bagai. Percakapannya pula seperti ahli falsafah, penuh dengan fakta-fakta wikipedia. Orang di sekeliling tak berani masuk campur. Yelah, nanti dibedal dengan fakta mereka belajar di universiti, mau terbongkang.

Dari hal politik dan agama, kini perbincangan buka meja lebih terarah kepada agama. Bagaimana orang lain tak hidup berlandaskan syariat agama, sehinggalah menyentuh tentang pakaian, dan perbuatan orang lain. Pendek kata, mereka lah yang alim.

----------------------------------------------------------

Azam ialah pemuda kampung. Dia mengerjakan pekerjaan kampung sahaja. Tidak seperti Ropie yang belajar sehingga universiti dek kerana kabel yang kental, Azam hanya belajar sehingga ke tingkatan 5 sahaja. Azam sudah agak lama berada disitu. Menunggu nasi gorengnya siap dimasak, dibungkus dan dimasukkan ke dalam plastik biru. Jadi, kebanyakkan perbualan buka meja belia 4B Ropie didengari oleh Azam.


Selepas membayar nasi gorengnya, Azam lantas berjalan kearah meja Ropie. Mereka kawan sejak kecil, jadi tak hairanlah. Selepas bersalaman antara satu sama lain sempena raya, Azam bertanyakan satu soalan kepada  Ropie.


"Solat jenazah berapa rakaat?"

Terketar-ketar Ropie nak menjawab. Yang rakannya disebelah pula menunjukkan 2 jari, ada yang 4 jari. 

Friday

Dosa Pahala Bukan Diberi Secara Pukal

Dah lama jugak gua tak up entri kat blog ni. Dah terabai nampaknya. Sorry sayang (sambil mencangkung dan mengusap-usap blog bagai kucing)

Asalnya gua nak tweet benda ni. Tapi sebab macam panjang, dan dalam 10minit akan hanyut ditelan timeline, baik gua up entri.


---------------------------

Macam ni. Sekarang ada banyak pendapat pasal pemakaian tudung ni. Gua tak kata pendapat lu salah. Tapi ini pendapat gua. Biar gua guna kata ganti nama yang sopan sikit ye. Hahaha. (Babi apa ni gua bajet ramai orang baca ni?)


Masalah orang kita ni, apa jadah yang kita letak kategori bertudung bersama dengan solat, puasa, haji, main dam, memasak, main jongkang jongkit dan macam-macam la lagi. Apa jadah ni? Apa jadah?

'Pakai tudung tapi tak solat. Puihh! Buat apa!'

'Pakai tudung tapi duduk satu kerusi bertepuk tampar dengan lelaki. Buat apa?'

'Pakai tudung tapi baju ketat. Puih! Puih! Puih!'

'Pakai tudung tak reti main dam. Skema! Hahahaha'



Apa jadah ni? Apa? Apa kaitan ni? Dosa pahala bukan diberi secara pukal melihatkan prestasi anda. Macam ni la senang.

Pakai tudung, tapi tak solat = +Pahala +Dosa

Tak pakai tudung, tapi solat = +Dosa +Pahala

Pakai tudung solat pun buat = +Pahala +Pahala

Tak pakai tudung, solat pun tak = Dosa cccccccombo breaker!


Pilihan ditangan anda. Buat pilihan yang bijak. Dosa pahala bukan diberi secara pukal. Anda mampu mengubahnya.

Monday

Kepala Otak Orang Melayu Ni Dah Tak Berapa Betul

Esok V-Day, dan gua tak kisah pun. Yang penting, kalau hujan Astro tolong la jangan tak ada siaran. Gua nak tengok UCL.

Gua tak tahu apa sejarah dibalik sambutan V-Day ni. Tapi kalau nak sambut hari kekasih, hari lain banyak lagi. Tapi kalau tetap nak sambut hari esok, apa salahnya? Yang banyak gua dengar, V-Day ni haram sebab disambut dengan banyak perlakuan maksiat. Sekarang, bagitahu gua. Bila masa kat Malaysia ni tak berlaku maksiat? Tahun baru je, maksiat. Malam hari kemerdekaan, maksiat. Tiap-tiap hujung minggu, maksiat. Ni apa kejadah tak haramkan sekali sambutan kemerdekaan & sambutan tahun baru?

Masalahnya orang Melayu ni, kita selalu ambik port sangat titik-titik kecil sampai lupa intipati utama sesuatu hal tu. Persetan lah hal V-Day ni. Yang penting, otak orang melayu ni mmg dah fucked up gila. Nak bukti? Ini gua sendiri lalui.

-----------------------------------------------------


Gua lepak kat kedai makan.

Datang sepasang kekasih, gua yakin 80% itu kekasih. Belum berkahwin. Datang nak makan, turun dari motor, berpegangan tangan masuk ke kedai. Gua yakin tiada siapa pun peduli. Termasuk gua.


Tak lama lepas tu, datang 4 orang pendatang, gua agak dari  Bangladesh. Semua lelaki. Dua daripada mereka berpegangan tangan. Jadi, bayangkan, dua lelaki ni berpegangan tangan, jalan masuk ke kedai makan. Gua jadi jelik. Gua perasan, kebanyakkan pelanggan yang lain pun sama. Semua mata macam gua, memandang dua mamat ni. Mereka mesra. Gua pun agak yakin, pelanggan lain terfikir benda yang sama dengan gua. Jijik!


.
Tapi bila gua dah masuk kereta, gua terfikir, betapa fucked upnya kepala orang Melayu ni. Yang haram, kita buat macam biasa, yang halal kita pandang jelek.

Kalau lu kat tempat gua, gua yakin lu pun terfikir benda yang sama. Berapa orang yang akan tarik muka bila terlihat pasangan kekasih tu berpegangan tangan dan berapa pula yang akan tenang melihat dua lelaki berpegangan tangan.


Macam gua kata, kita orang Melayu lebih pandang titik-titik kecil dari intipati sebenar sesuatu tu. Kepala kita dah fucked up.

Friday

Panduan : Internet untuk Telefon

Nampaknya, ini entri aku sejak sekian lama. Kurang perhatian aku berikan kepada blog ni, kasihan.

Jadi, kerat kata-kata aluan yang sepatutnya panjang, aku terus ke topik sebenar. Kalau kau malas nak baca yang panjang-panjang ni, boleh terus ke hujung entri ni.


Internet untuk telefon sekarang ni, walaupun masih belum di tahap kemestian, tapi penggunaannya makin meningkat. Tambah-tambah untuk pengguna telefon bijak.

Tapi, sebagai pengguna, kita mesti lah nak tahu internet untuk telefon mana yang paling terbaik. Mula-mula aku sambar telefon bijak dulu, pening jugak aku fikir pelan internet apa yang paling berbaloi dan sesuai dengan aku. Jenuh aku usha serata internet, takde yang betul-betul terangkan purata penggunaan internet di Malaysia.

Jadi, kebetulan aku dah pakai DIGI. Aku terus upgrade ke pelan smartplan 48. Kuota internet, sebulan 1GB. Tapi cukup ke 1GB je? Jadi aku tekad, aku nak tengok macam mana penggunaan aku dan lepas tu nak up entri. Dan di sini lah aku.

Aku boleh dikatakan pengguna internet yang ringan. Aku cuma guna internet untuk social apps macam Whatsapp, Facebook, Twitter, email dan baca berita. Jadi, cukup ke 1GB? Untuk soalan ni, jawapan aku ialah, lebih daripada cukup. Dan aku akan tambah lagi detail supaya korang yang baca ni, lagi senang nak bajet. Aku bukan artis. Jadi Facebook, Twitter & email aku takde la bersepah banyaknya. Tapi, boleh aku katakan, sehari FB(msg, inbox, comment) & tweet aku puratanya dalam 500. Dan update interval aku, aku set kepada yang paling pendek period dia. Update setiap 5 minit, dan aku tak pernah off internet.

Jadi kesimpulan aku, untuk benda-benda FB, Twitter dan apps msg yang lain, 300MB maksimum. Dan nilai 300 ni aku rasa dah terlalu banyak.

Tapi ingat, aku ni 24/7 on internet, buka benda yang ringan je. Kalau aku nak layan youtube ke apa, aku connect wifi. Dan sebolehnya aku elak download apps guna network telefon. Pakai wifi lebih afdal. Tapi kadang-kadang aku redah je download apps.

Bagi aku, nak kata berbaloi ke tak tu, tak pasti la, tapi pelan DG smartplan 48 ni sesuai untuk aku.

Tapi tengok jugak. Kalau nak cari coverage best, ambik la Celcom. Dan, sebolehnya elakkan Maxis(ni aku baca je dari forum-forum)

Aku pakai peranti android. Jadi kurang untung. Untungnya kepada pengguna BlackBerry sebab mereka ada pelan internet istimewa dan sesuai untuk peranti BB ni.


---------------------------------------

Jadi, ni keseluruhan cerita. 


Inilah kegunaan mobile internet aku.
.
Social apps(Facebook, Twitter, Ubersocial)
Whatsapp
Email
Berita
Web ringan(mostly web yang ada untuk tontonan melalui peranti telefon)
Minimum apps download 

Kuota 1GB per month lebih daripada mencukupi. Buat masa ni penggunaan total aku ialah 450MB, dan hari ni 27/1/2012. Penggunaan internet aku direkod sejak 1/1/2012

(aku check penggunaan internet aku guna app ZDbox)