Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Thursday

Hormat Azan

Penghuni bilik C45F3 sedang leka melayan filem di skrin besar desktop kepunyaan Abu. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 7.


------------------------------------------------

Sedang leka menonton filem, tiba-tiba sayup kedengaran azan dari jauh. Semua saling menyuruh sesama sendiri, hentikan filem buat seketika. Hormat azan kata mereka. Jadi butang panjang di keyboard di tekan.

Usai sahaja azan berkumandang, butang panjang di keyboard ditekan kembali. Para penghuni meneruskan aktiviti menonton filem sehingga larut subuh. Kemudian tidur.  Sungguh menghormati azan para penghuni ini.


Heh.

Sunday

Baru Hipster

Bro, jom pergi tu yang heboh-heboh tu. Apa ke nama, Suara Kami tu. Jom la bro.

Ah, malas ah aku. Boring ah ramai-ramai orang ni

Bro, tak hipster la tak pergi.

Haish, untuk apa tu Suara Kami tu?

Dia macam untuk merayakan hari kemerdekaan kita la. Hari Malaysia broo....

Oh, jadi ada perbarisan kawad semua la? 

Bro, mana hipster bro macam tu.

Habis tu ada apa nanti kat sana?


Pergh bro, ada tarian dari suku asli Amerika, ada tarian suku asli Fiji aka macam hakka tu, ada berjimba-jimba macam kat barat sana, ada semacam badut, paling penting bro, ada K-Pop bro.

Pergh, memang hipster kita merayakan "Hari Malaysia" kita kan? 

Saturday

Pangkat Dan Darjat

Iklan di tv, si penyampai mengatakan yang pangkat dan darjat itu semua tidak penting. Dan dengan klise nya, yang penting ialah rohani, dari dalam & blablabla.

Si penyampai mengakhiri iklan itu dengan ucapan,

"Saya Professor Madya Hajjah si polan Haji si polan, blablabla..."

Pangkat dan darjat tak penting ye makcik? Keh keh keh.

Tuesday

Kuih Lapis #4

Tiga orang manusia sedang melepak di sebuah meja di taman. Gadis yang berambut perang itu, bersama teman lelakinya manakala yang bertudung tu, dari tadi asyik melayan telefon bimbitnya. Pasangan kekasih itu lagaknya seperti tidak bertulang belakang, bersandar sesama sendiri. Gua di sebelah langsung tak dipedulikan. Apa celaka?

Kemudian terjadinya perbualan yang jelik. Gua macam nak pelempang pasangan ni. Rakannya disebelah membuat muka pelik. Gua hanya terfikirkan satu je ayat yang sesuai untuk gadis bertudung ini. "Eeeeee, gross!" Haha.

Ok, berbalik kepada cerita, perbualan tu seumpamanya satu perbualan yang jika dibiarkan lagi, akan terjadinya dirty talk. Pandai-pandai lah lu pikir. 

Si lelaki bercerita mengenai adiknya yang bakal bersunat nanti dan pe'el yang seratus ribu macam. Dipendekkan cerita, perbualan berikutnya telah berlaku.

Gadis blondie : Alah adik you tu. Sunat pun takut. Tengok macam abang dia ni. Kuat kan bie?
Lelaki berambut spike : Hehe, mana you tahu I dah sunat? Haaaa, cuba bagitau sikit kat I.
Gadis blondie : Nakal bie ni.


Sambil itu, kejadian tepuk-menepuk pula berlaku kemudian diteruskan dengan adegan tiada tulang belakang.

------------------------------------------------------


Si gadis bertudung lantas berdiri;

"Kau Muslim kan? Of cos lah dah sunat! Tak payah tengok pun tahu lah!"

Si gadis lalu blah dari situ sambil gua dengan jelasnya menunjuk thumbs up kepadanya.

Haha. Dude, you just got pwned!

Friday

Kenapa Dah Tak Thrill?

Gua selalu tertanya-tanya, kenapa hari raya gua sejak-sejak dah dewasa ni kurang thrill. Dulu, waktu gua kecik, semangat nak raya tu memang super. Pengumuman raya tu bagi gua umpama kata-kata hikmat. Bunga api jangan kata lah. Dengan pelita buluh keliling rumah, pendek kata memang meriah lah hendaknya.


Mungkin kerana kedua orang tua gua dah takde, tu sebab kot tak thrill. Ada pulak kawan gua kata, gua je rasa tak thrill. Tapi budak-budak kemain suka. Dan benda ni akan berputar dan berputar lagi. Yang sikecil tu akan membesar, rasa tak thrill dan anak-anak dia pulak yang seronok lelebih. Dan kejadian itu terus berlaku.

Mungkin lah benar, tapi dulu gua kecik, abang kakak gua yang dah besar, thrill je bila nak raya.


Jadi, pasal tak thrill ni kakak gua punya pandangan memang bagi gua hebat. Haha. Mana nak thrill, kalau orang perempuan hari-hari pergi kerja pakai baju kurung. Yang si lelaki tiap hari Jumaat berbaju melayu. Kalau dah agak lusuh atau rosak, mungkin berduit lebih, pergi kedai, beli baru.

Yang si anak pula, setiap kali keputusan peperiksaan, dapat pakaian baru. Duit saku ke sekolah lebih loaded dari duit raya. Dan tv juga 24/7. Buka je ada cerita. Kalau lapar rendang? Pasar malam ada. Kalau lapar lemang? Pandai cari confirm jumpa. Rindu mak kat kampung? Call skype ada. Nak cakap dengan family lain? Phone, call murah je even dah naik 6% kan. Haha. Kadang-kadang nak melawat saudara tu, sejam je dah sampai walaupun jauh. Yang penting, kaki sentiasa tekan pedal.

Thursday

Iklan Klasik

Ini iklan yang klasik gila. Haha, baik untuk kita. Jadi? Minumlah banyak-banyak.

Wednesday

Wartawan & Kops, kena pawned

Dalam klip ni, Sir Alex Ferguson ditanya siapa yang dia nak bawa dari Barcelona ke Manchester United. Jawapan memang power. Kuat jugak menganjing SAF ni. LULZ

video

Tuesday

Kem Bina Jati Diri #2

Persoalan lazim yang akan ligat di minda si adik andai kata mendapat msg seperti entri aku sebelum ni, ialah;

Hitam la saya pasni, camne?

Mana aku nak dapatkan stok rokok nanti?

Makan camne?

Bolehlah I kurus dah pergi sana nanti. Hik!

Gua nak main senapang! Hoorah!

Boleh bawa hp tak?





Lain-lain, sendiri tambah. Ini je yang dapat gua fikir.

Kem Bina Jati Diri


"Tahniah! Anda terpilih menyertai kem latihan khidmat negara siri ke 9/2011. Tempat anda akan diumumkan nanti."


Msg inilah yang akan lu dapat kalau lu terpilih ke plkn. Bagi gua, sepatutnya massage tu tulis "padan muka" instead of tahniah. Ini untuk menggambarkan perasaan yang dikecapi si adik selepas dia membaca msg ini. Hahaha!

Monday

Typical Kita?

Di hari lebaran, kita sesama kita akan berjabat tangan memohon maaf, dan juga memaafkan. Mintak maaf je tak cukup bhai kalau tak memaafkan. Tapi ada satu benda, sangat tipikal kita.


video

Yang aku pasti, dari video di atas, mungkin sebulan, mungkin hanya bertahan seminggu, mungkin sehari selepas saling bermaafan ni, si otromen dan si raksasa akan kembali fighting. Ada persamaan disitu? Jadi muhasabah diri ye.

Disini saya mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batinnnnnnnn.....

Happy Birthday Fred Mercury


Ini hari, gua sebenarnya tak ingat. Tapi lepas je gua klik home, gua tengok logo Google berubah lagi. Terus gua teringat Fred Mercury. Lagipun sebab gua like page Queen. Bila je gua klik, terus dia mainkan doodle tu. Menarik!



video


Sedikit info pasal Fred. Beliau ialah penyanyi untuk kumpulan yang dikenali ramai, Queen. Lu tak layan, lu memang rugi. Fred asalnya dari India. Dilahirkan pada tanggal 5 September 1946 sebagai Farrokh Bulsara. Nak tahu lebih? Lu pergi google sendiri.


Kalau lu kenal gua, lu mesti tahu gua berjiwa rock. Antara idol rock gua, selain daripada Dave Grohl, sudah semestinya Fred Mercury. Hatta Dave pun minat beliau, mana boleh gua tak follow.


Happy Birthday Fred! 




Gua sebenarnya tak sabar ni nak tunggu filem yang bertemakan kehidupan Fred/Queen ditayangkan. Dilakonkan oleh pembawa watak Borat tu kalau tak silap. Pergi lah google sendiri. Malas gua.