Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Mari Berbaik-baik

Jangan lah kita mengutuk lagi Arsenal yang moralnya sudah mencecah ke lantai bumi. Sedangkan SAF pun masih menunjukkan belas kasihan. Atas dasar belas kasihan, aku nak tunjukkan ini.



Ini sebagai peringatan kepada Arsenal, dan AW terutamanya. Insaf lah. Jangan pedo sangat. Masa ada 3 hari je lagi.


Sunday

Syawal Menjelang Tiba





Beramah Mesra

Bila Syawal menjelang tiba, ramai lah yang pulang ke kampung. Sanak saudara yang jauh, kini dah berjumpa. Rakan lama bersua kembali.

Jadi, normal lah bila berjumpa akan bersalam-salaman, bertegur mesra. Ada pula yang sampai berpeluk-peluk kemudian bertukar-tukar nombor telefon. Macam-macam hal lah yang ingin diborakkan.


Tapi apa celaka BERAMAH MESRA dekat tengah laluan orang ramai dekat bazaar yang sendat ni?

Pesanan Khidmat Masyarakat

Pesanan khidmat masyarakat kali ini ialah, "Jangan Sesekali Leka Dan Percaya 100% Dengan Tanda Harga Yang Dipaparkan".

Hari raya makin menjelang. Jadi seperti manusia normal yang lain, gua pun nak shopping raya. Untuk mamat normal seperti gua, tak susah untuk shopping raya. Ini ialah kerana, pertama, baju melayu ada 2 SAHAJA DESIGN. Gua boleh decide nak yang mana satu dari kat rumah lagi. Kemudian kaler apa. Tak macam perempuan yang nak kena tengok design yang berlambak-lambak. Jadi, decide nak ada koler ker tak, nak kaler apa, pergi kedai mintak kat kakak jurujual tu, bayar dan blah. Mudah bukan?

----------------------------------------------------------

Ok, berbalik kepada niat asal gua nak up entri ni. Waktu gua terai baju tadi, ada dua minah kepoh, pun nak terai baju. Tahap kekepohan mereka ialah seperti di dalam tv tu. Gua ingat mitos je.

Minah ni ambil baju dekat area gua ambil baju jugak. Tanda harga tunjuk RM80. Bersembang lah minah berdua ni bagaimana mereka akan kelihatan sangat hot di hari raya nanti. Dalam fitting room pun kepoh. Err, gua tak intai. Kebetulan minah ni terai baju sebelah fitting room gua.

Tengah gua nak bayar, minah ni pun sibuk nak bayar. Tengok macam bersungguh je nak beli. Bila minah tu tunjuk baju tu, kakak kat meja tu cakap,

"yang tu dua ratus sembilan puluh, kakak bagi la dua ratus tujuh puluh lima."

Jeng jeng jeng!

Dengan muka merah padam, minah tu pun berlalu pergi dengan muka yang sedih. Habis cerita.....

Pesanan saya, "LAIN KALI TANYA BETUL BETUL BRO."

Friday

Apa bangang sangat?

Alasan tak mandi wajib, tak sahur, tak dapat tahan tak korek hidung, terkentut dalam air, sangap asap rokok lupa niat ialah alasan paling bangang pernah gua dengar. Dan, itulah yang gua dengar sepanjang 25 Ramadhan yang sudah berlalu.

Oh, by the way, gua ada terdengar sesuatu mengenai hukum rokok. Buka puasa terus nyala sebatang. Tapi gua ingat-ingat lupa ni. Nanti jelah.