Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Saturday

random

.


Oleh kerana dah lama aku tak buat entri, jadi aku terasa blog aku seakan2 usang...  Banyak benda sebenarnya aku nak tulis tapi aku malas... Jadi kat sini aku nak buat entri yg random..

1. kuarkan Emile Heskey dr squad England.

2. apa dah jadi kat Wayne The Rudeboy Rooney? harap dia jd gila gol bila jumpa German nanti.

3. macam no 2 jugak, apa cer lu Fernando Torres?

4. scene laki kantoi ada gincu kat baju dia dengan bini dia memang dah lapok! tapi semalam time aku tgk tv ada gak scene cmtu. Cuma diubah sikit, kesan gincu jumpa kt seluar, betul2 kawasan zip. WTF???

5. bila game FIFA WORLD CUP nak kuar? Bosan dah aku main FIFA SOCCER 10 ni..

6. berbalik kepada no 5, sejak bila EA SPORTS guna terma "SOCCER" ni??? tau la USA masuk world cup.

7. untuk 1 jam selepas aku tgk citer PRINCE OF PERSIA, sume benda aku nampak kuning. Nape kena buat kaler kuning?

8. terlalu banyak citer pasal LONDON DONOVAN. naik melugai aku...

9. jadual aku dah jadi gila. malam berjaga, siang berhibernasi. sume world cup punya pasal...

10. hari-hari aku tgk citer P. RAMLEE.

11. hari-hari aku tengok THE SIMPSONS, FAMILY GUY, PI MAI PI MAI TANG TU, SPANAR JAYA, NCIS & CSI.

12. tadi aku try jilat siku aku sendri. Malangnya, tak berjaya.. Hampa......

13. korang memang hebat kalau berjaya baca sampai no 13 ni....

14. and kalau korang baca sampai sini tanpa meninggalkan satu pon, time no 12 mesti korang try jilat siku gak kan? kalau korang x try, korang tak normal....


p/s; dan kalau la korang baca sampai sini, dan korang baca no 14 td, tp korang tak jilat siku, time tu mesti cepat2 je try jilat siku kan? hahaha, amenda la aku ni...

No comments: