Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Sunday

Hantu

.

Sekarang ni jenis kalau kat wayang melayu, kalau nak buat filem yang market, boleh buat duit punya, sudah tentu filem hantu. Tengok je la antara kutipan yg power hujung tahun aritu, Ngankung & Hantu Kak Limah Balik Rumah. Walaupun konsep lain-lain, yg seram gila, yang seram sikit-sikit, yang lawak pun ada, tapi semua tu tetap berlandaskan market hantu. Aku malas la nak komen banyak-banyak pasal filem ni, aku ni siapa kan.

Tapi entri aku kali ni, aku nak cer cite cer cite sket pasal persamaan kebanyakan cerita hantu, tambah-tambah yang seram la. Dari hari Sabtu, sampai ke hari ni, dah banyak jugak la aku tengok cerita hantu. Baik kat laptop aku, mau pun kat Astro. Persamaan yang aku nampak terang lagi bersuluh ialah tentang watak. Ada 3 watak ni yang aku kenal pasti. Tapi, sama tu dari segi basic watak je lah.

Dalam setiap cerita hantu, mesti kita akan jumpa satu watak yang bodoh.

Bodoh yang macam mana tu? Maksud aku bukan lah bodoh yang tak berpelajaran ke apa kan. Bodoh ni lain sikit. Mungkin ada sesetengah orang akan kata watak-watak ni berani yang lain macam. Contohnya, ada satu scene ni, watak tu dah rasa lain macam. Pastu pintu rumah lak macam kena hentak. Tengok kat luar takde orang pun. Jadi dia pun buka lah pintu nak make sure. Kat sini lah ramai orang akan mula memaki watak. "Apa ke bangangnya budak ni, buat donno dah la." Haha. Tapi kalau watak ni pandai, pastu buat donno je tak bukan pintu, cerita jadi tak best pulak.

Eh mamat ni, orang kata ada hantu tu, adalah 

Watak yang ni pulak, adalah orang yang kononnya moden. Dan antara quote yang paling femes untuk watak-watak camni ialah, "zaman sekarang ni mana ada hantu" & "kt kl sikit punya sibuk ni ada hantu? mustahil." Haha, kadang-kadang tu rasa nak hempuk je watak ni. Nasib belakon je, kalau kawan aku, pastu duduk pulak kat sebelah, memang hempuk weh.

Apa watak yang ke 3 pulak? Errr..... HANTU kot? hahahahaha.....


p/s; aku tulis entri ni sebenarnya nak lepaskan geram tengok cerita hantu. Apa ke bangang lah awek dalam cerita tu..

*update

-ni video dari cerita ceplos tu, tajuk hantu. Originally by M.I.X.

1 comment:

Super AL said...
This comment has been removed by the author.