Tajuk perbincangan buka meja hari ini ialah pasal politik dan juga agama. Pong pang pong pang mereka berbalas sesama sendiri. Masing-masing dengan fahaman tersendiri tapi sebagai ketua buka meja, pasti lah Ropie yang paling lantang. Lagaknya seperti YB, berkepentingan bagai. Percakapannya pula seperti ahli falsafah, penuh dengan fakta-fakta wikipedia. Orang di sekeliling tak berani masuk campur. Yelah, nanti dibedal dengan fakta mereka belajar di universiti, mau terbongkang.
Dari hal politik dan agama, kini perbincangan buka meja lebih terarah kepada agama. Bagaimana orang lain tak hidup berlandaskan syariat agama, sehinggalah menyentuh tentang pakaian, dan perbuatan orang lain. Pendek kata, mereka lah yang alim.
----------------------------------------------------------
Azam ialah pemuda kampung. Dia mengerjakan pekerjaan kampung sahaja. Tidak seperti Ropie yang belajar sehingga universiti dek kerana kabel yang kental, Azam hanya belajar sehingga ke tingkatan 5 sahaja. Azam sudah agak lama berada disitu. Menunggu nasi gorengnya siap dimasak, dibungkus dan dimasukkan ke dalam plastik biru. Jadi, kebanyakkan perbualan buka meja belia 4B Ropie didengari oleh Azam.
Selepas membayar nasi gorengnya, Azam lantas berjalan kearah meja Ropie. Mereka kawan sejak kecil, jadi tak hairanlah. Selepas bersalaman antara satu sama lain sempena raya, Azam bertanyakan satu soalan kepada Ropie.
"Solat jenazah berapa rakaat?"
Terketar-ketar Ropie nak menjawab. Yang rakannya disebelah pula menunjukkan 2 jari, ada yang 4 jari.
"Solat jenazah berapa rakaat?"
Terketar-ketar Ropie nak menjawab. Yang rakannya disebelah pula menunjukkan 2 jari, ada yang 4 jari.
1 comment:
LOLOLOLOLOLOL..
Post a Comment