Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Saturday

Derma

Pelik juga aku melihat budaya menderma rakyat Melayu ni. Kenapa aku kata rakyat Melayu? Sebab aku paling dekat dengan Melayu. Aku boleh pandang dari dalam. Mungkin boleh diaplikasikan kepada rakyat Malaysia, tapi aku tetap nak teruskan dengan menggunakan rakyat Melayu.

Aku tengok sekarang, ramai yang anjurkan program. Dari program tu, duit keuntungan, hasil derma akan dibuat derma ke Gaza. Menderma itu perkara baik, tapi yang aku musykil, kenapa dibuat program? Kan ke bagus, duit buat program tu, terus dimasukkan ke tabung. Kan ke lebih banyak? Aku disini merujuk kepada program-program kecil, yang mana pungutan derma tak melebihi dari modal yang dikeluarkan untuk buat program,

Kalau yang pesen tayang filem, jual barang, lepas tu guna tag "Duit Keuntungan Akan Didermakan", ini logik lah sebab mereka juga perlu jual produk mereka dan selalunya barang jualan ni memang dah sedia ada.

Cuba fikir, satu program menelan belanja hampir beribu-ribu. Kalau yang hadir cuma ratusan orang, dan yang menderma puratanya cuma tak lebih RM10 seorang, berapa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan duit nak laksanakan upacara. Tu belum kira yang tak derma kan.

Di tempat aku sekarang ada diadakan satu program oleh satu badan politik. Bagi ceramah, minuman makanan percuma, sewa PA system, sewa khemah, print baju kasi free kepada ahli dibawah pimpinan parti, banner, dan macam-macam lagi. Dan di pintu gerbang, di sisinya ada satu tabung, dibuat dari bekas lutsinar. Untuk derma ikhlas pengunjung. Dan duit di dalam tabung inilah yang akan dibuat derma ke Gaza nanti. Kalau ini program politik tak apa, tapi program ini menggunakan nama, Save Gaza. Dan dalam tabung tu, setengah pun belum sampai duitnya, dan kebanyakkan duit berwarna biru.

Persoalannya, adakah ikhlas nak menderma, atau cuma menggunakan isu-isu hangat hanya untuk menjaja nama, menjaja parti untuk kepentingan sendiri? Medan batu loncatan untuk menaikkan nama?

Ini bukan berkenaan politik. Hatta kalau program tu dibuat oleh NGO pun aku kecam, tapi yang jadi ni dibuat oleh parti politik kan.

Monday

Asalnya Aku Nak Buat Status FB Saja, Sekali Mood Menulis Aku Datang & Title Pun Kemain Panjang Macam Yuyu Hakusho

Ni pendapat aku mengenai isu yang sekarang tengah hangat. Kes boikot. Lebih spesifik, kes McD nak bagi bege free. Isu dia, kalau kita bayar makanan di McD, duit tu disalurkan ke Israel ke apa entah la.

Kalau kita beli McD, duit kita yang bagi. So, ada kemungkinan kita tolong Israel ke apa bagi pandangan sesetengah pihak. Mungkin betul, mungkin tak. Pandangan aku, tak. Wallahualam.

Kalau McD bagi bege free, depa yang keluar duit. Kalau betul depa nak salurkan ke Israel, duit egg muffin ni darab dengan berapa jumlah depa nak bagi, salurkan terus ke akaun Israel, kan habis cerita?

-------------------------------------------------------

Kalau kata bila kita ambik bege free, bermakna kita support Israel, adakah kalau McD buat keputusan kumpul duit ni semua, bagi derma kat orang miskin, adakah orang miskin tu sekarang menyokong Israel?

Ni McD Malaysia. Takkan la organisasi besar macam ni, yang dalam dia sudah tentu ada orang Islam, takkan semua buta hati. Kita mesti ada member-member yang kerja untuk McD. Adakah patut tiba-tiba kita pergi ke muka dia, cakap dia bekerja untuk askar Laknatullah?

-------------------------------------------------------

Masalah kita sekarang ni, kita terlalu suka nak generalize kan sesuatu. Contoh di sini;

Asal Israeli je, jahat(aku ingat lagi kes Benayoun kena boo kat stadium time Chelsea lawan Malaysia). Asal McD bagi bege free je, nak meraikan kematian kanak-kanak di Palestine. Asal minum Coke je, menyokong tindakan Israel. Kita kena pandai mengasingkan perihal yang sangat berbeza ni.

Israel ialah negara. Israeli ialah bangsa. Benda ni ialah siapa mereka. Mereka tak boleh ubah di mana mereka dah lahir, dan dilahirkan sebagai bangsa apa. Bagaimana kita dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia, begitulah mereka. Dan kita melenting bila orang generalize kan Melayu ni pemalas.

Yang jahat sekarang ialah orang jahat. Mudah kan? Orang baik ialah baik. Orang Islam ialah orang Islam. Melayu ialah Melayu. Pemalas ialah pemalas. Dia tak bersangkut paut antara satu sama lain. Kita kena pandai bahagikan kategori yang berlainan ni.

Pesanan tambahan dari aku, sebelum nak menyebarkan apa-apa kepada orang lain, pastikan bahan anda tu sahih, tan wajar disebarkan.

-------------------------------------------------------

Maaf kalau entri mengejut aku ni serabut. Terlalu banyak benda aku nak tulis, tapi aku malas nak buat satu-satu entri yang berdiri sendiri. So, aku satukan je semua, sebab agak berkait rapat juga sebenarnya isu-isu ini. Sekian.

Saturday

Kuih Lapis #3

Ropie sedang melepak di kedai makan bersama rakan-rakannya. Mereka sebagai belia 4B yang berwawasan dan berpendidikan universiti kerajaan tempatan, tidak mungkin lah berborak hal-hal remeh bagai.

Tajuk perbincangan buka meja hari ini ialah pasal politik dan juga agama. Pong pang pong pang mereka berbalas sesama sendiri. Masing-masing dengan fahaman tersendiri tapi sebagai ketua buka meja, pasti lah Ropie yang paling lantang. Lagaknya seperti YB, berkepentingan bagai. Percakapannya pula seperti ahli falsafah, penuh dengan fakta-fakta wikipedia. Orang di sekeliling tak berani masuk campur. Yelah, nanti dibedal dengan fakta mereka belajar di universiti, mau terbongkang.

Dari hal politik dan agama, kini perbincangan buka meja lebih terarah kepada agama. Bagaimana orang lain tak hidup berlandaskan syariat agama, sehinggalah menyentuh tentang pakaian, dan perbuatan orang lain. Pendek kata, mereka lah yang alim.

----------------------------------------------------------

Azam ialah pemuda kampung. Dia mengerjakan pekerjaan kampung sahaja. Tidak seperti Ropie yang belajar sehingga universiti dek kerana kabel yang kental, Azam hanya belajar sehingga ke tingkatan 5 sahaja. Azam sudah agak lama berada disitu. Menunggu nasi gorengnya siap dimasak, dibungkus dan dimasukkan ke dalam plastik biru. Jadi, kebanyakkan perbualan buka meja belia 4B Ropie didengari oleh Azam.


Selepas membayar nasi gorengnya, Azam lantas berjalan kearah meja Ropie. Mereka kawan sejak kecil, jadi tak hairanlah. Selepas bersalaman antara satu sama lain sempena raya, Azam bertanyakan satu soalan kepada  Ropie.


"Solat jenazah berapa rakaat?"

Terketar-ketar Ropie nak menjawab. Yang rakannya disebelah pula menunjukkan 2 jari, ada yang 4 jari.