Gua selalu tertanya-tanya, kenapa hari raya gua sejak-sejak dah dewasa ni kurang thrill. Dulu, waktu gua kecik, semangat nak raya tu memang super. Pengumuman raya tu bagi gua umpama kata-kata hikmat. Bunga api jangan kata lah. Dengan pelita buluh keliling rumah, pendek kata memang meriah lah hendaknya.
Mungkin kerana kedua orang tua gua dah takde, tu sebab kot tak thrill. Ada pulak kawan gua kata, gua je rasa tak thrill. Tapi budak-budak kemain suka. Dan benda ni akan berputar dan berputar lagi. Yang sikecil tu akan membesar, rasa tak thrill dan anak-anak dia pulak yang seronok lelebih. Dan kejadian itu terus berlaku.
Mungkin lah benar, tapi dulu gua kecik, abang kakak gua yang dah besar, thrill je bila nak raya.
Jadi, pasal tak thrill ni kakak gua punya pandangan memang bagi gua hebat. Haha. Mana nak thrill, kalau orang perempuan hari-hari pergi kerja pakai baju kurung. Yang si lelaki tiap hari Jumaat berbaju melayu. Kalau dah agak lusuh atau rosak, mungkin berduit lebih, pergi kedai, beli baru.
Yang si anak pula, setiap kali keputusan peperiksaan, dapat pakaian baru. Duit saku ke sekolah lebih loaded dari duit raya. Dan tv juga 24/7. Buka je ada cerita. Kalau lapar rendang? Pasar malam ada. Kalau lapar lemang? Pandai cari confirm jumpa. Rindu mak kat kampung? Call skype ada. Nak cakap dengan family lain? Phone, call murah je even dah naik 6% kan. Haha. Kadang-kadang nak melawat saudara tu, sejam je dah sampai walaupun jauh. Yang penting, kaki sentiasa tekan pedal.
No comments:
Post a Comment