Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Tuesday

Kuih Lapis #4

Tiga orang manusia sedang melepak di sebuah meja di taman. Gadis yang berambut perang itu, bersama teman lelakinya manakala yang bertudung tu, dari tadi asyik melayan telefon bimbitnya. Pasangan kekasih itu lagaknya seperti tidak bertulang belakang, bersandar sesama sendiri. Gua di sebelah langsung tak dipedulikan. Apa celaka?

Kemudian terjadinya perbualan yang jelik. Gua macam nak pelempang pasangan ni. Rakannya disebelah membuat muka pelik. Gua hanya terfikirkan satu je ayat yang sesuai untuk gadis bertudung ini. "Eeeeee, gross!" Haha.

Ok, berbalik kepada cerita, perbualan tu seumpamanya satu perbualan yang jika dibiarkan lagi, akan terjadinya dirty talk. Pandai-pandai lah lu pikir. 

Si lelaki bercerita mengenai adiknya yang bakal bersunat nanti dan pe'el yang seratus ribu macam. Dipendekkan cerita, perbualan berikutnya telah berlaku.

Gadis blondie : Alah adik you tu. Sunat pun takut. Tengok macam abang dia ni. Kuat kan bie?
Lelaki berambut spike : Hehe, mana you tahu I dah sunat? Haaaa, cuba bagitau sikit kat I.
Gadis blondie : Nakal bie ni.


Sambil itu, kejadian tepuk-menepuk pula berlaku kemudian diteruskan dengan adegan tiada tulang belakang.

------------------------------------------------------


Si gadis bertudung lantas berdiri;

"Kau Muslim kan? Of cos lah dah sunat! Tak payah tengok pun tahu lah!"

Si gadis lalu blah dari situ sambil gua dengan jelasnya menunjuk thumbs up kepadanya.

Haha. Dude, you just got pwned!

No comments: