Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Friday

Paul the Octopus #2

.

maaf la atas kesilapan entri aku sebelum ni... sebenarnya perlawanan final diantara Spain & Netherlands nanti, Paul telah memilih Spain.


jadi, dengan ini aku menarik balik kata2ku di entri yang lepas;
macam EURO 2008 yang lepas, ramalan Paul betul semuanya kecuali ketika final, dimana Paul memilih Germany. Tapi akhirnya Spain jugak yang menang. adakah anda begitu yakin yang Paul sebenarnya memilih pemenang di peringkat final, bukannya yang akan kalah?

haha, mungkin waktu EURO 2008 dulu, Paul masih belum mahir, so predict ada sikit salah. Skang dah 2010, dia pon dah makin matang, dah 2 tahun dah dia, so dah mahir la.. Haha, aku suka putar belit? sukati aku la...

Paul jugak dah predict perlawanan penentuan tempat ketiga antara Germany & Uruguay, dan Paul pilih Germany. mungkin sebab takut digoreng rempah.. hahaha... Yang hebatnya, Paul The Octopus dah macam ada rancangan sendiri apabila beberapa buah stesen TV di Spain, Germany, Netherlands and Uruguay interrupted rancangan yang tengah keudara dan menayangkan Paul memilih pasukan yang mungkin menang. Femes seyh sotong ni...

btw, jgn lah taksub ye, nnt syirik... daripada dok taksub dengan sotong, apakata korang usha2 jersey2 ni.. kot2 la teringin nak beli kan... tp macam mahal je.. apa daa amazon, jual yg cilok dah la.. hahaha...














.

Paul the Octopus

.

Apa yang kecoh sangat dengan sotong sekor ni?? Femes sangat ke dia ni? Untuk pengatahuan anda, Paul ni bukan lah sotong-sotong yang dok menjaja kat Lake View tu ke hape, tapi Paul ialah nama kepada seekor sotong kurita.. Ye, sotong betul ye, bukan mak nyah...Paul ni memang udah terkenal sebenarnya sejak EURO 2008 lagi, tapi semakin femes bermulanya World Cup edisi kali ni kerana telah meramal perlawanan bagi Jerman dan buat masa ni 100% betul... Aku kipas susah mati Spain! wuhoo!!!


Macam mana Paul buat ramalan? Pakai kad ke hape?

Paul akan diberi makanan oleh penjaganya; Oliver Walenciak menggunakan kaedah dimana akan dimasukkan dua bekas makanan ke dalam akuarium tempat tinggalnya. Satu bekas dengan bendera Jerman dan satu lagi bekas dengan bendera Spain contohnya. Yang mana pilihan Paul, itulah yang akan jadi pemenangnya.

tapi malangnya Paul meramalkan Spain akan kalah kepada Netherlands nanti. Eh eh eh! Tapi, nanti dulu... macam EURO 2008 yang lepas, ramalan Paul betul semuanya kecuali ketika final, dimana Paul memilih Germany. Tapi akhirnya Spain jugak yang menang. adakah anda begitu yakin yang Paul sebenarnya memilih pemenang di peringkat final, bukannya yang akan kalah? Haha, goyah la tu..

pape pun jangan terlalu taksub dengan ini sotong. syirik nanti.

Wednesday

Man Of the Tournament

.

 sekalipun World Cup berbaki 3 perlawanan lagi, tapi aku dah buat keputusan siapa Man Of Tournament yang aku nampak kali ni...

Diego Forlan of Uruguay


kenapa Forlan? fair play, tapenah pon commit fouls, dengan jaringan 4 gol, dan gol-gol Forlan semua hensem walaupun menggunakan bola Jabulani yg dpt banyak komplen tu, dia dah exceed expectations dan dia seorang kapten yang dapat mengawal keadaan dengan baik.

#update
Diego Forlan dah sumbat sebijik lagi gol tadi, dan dia hampir2 meledak gol di minit2 terakhir, tp sayang terkena tiang pulak. Tp dia tetap mengekalkan fair play. Bg aku dia lebih kepada perancang dan pencipta peluang. Forlan bukanlah player yang bermain dengan agresif , tp bermain dengan bijak. Sayangnya, umurnya dah 31. World Cup 4 tahun lg dapatkah kita melihat wajahnya lagi? Kita tunggu dan lihat je...


Sunday

things on my head #3

.

Spain 1, Paraguay 0... Separuh masa pertama yang sangat membosankan.. Separuh masa kedua baru rentak naik...

Bagi aku, kalau Spain teruskan rentak camni lagi pasni, dah gerenti kena hentam teruk dengan Germany nanti... Germany memang power bila buat counter attack.... Serius pace Spain hari ni sangat slow... ;(

#update
Nampaknya Spain meningkatkan pace dan menang menentang Germany.

Saturday

buah pisang berbuah 2 kali

.

Argentina vs Germany... serius Argentina hampeh...ulang kesilapan England haritu.. Defender asyik duduk bawah2 je, mana nak offside kalau cmtu...

Germany, u deserve it.

Cliché

.

0230 until 0500... Uruguay defeat Ghana to proceed to top 4/semi final stage... and by chance if you are watching the same thing, how cliche is that???

macam tengok drama melayu kat TV3 hari sabtu tu kan??? hahaha...
aku boleh letakkan perlawanan ni perlawanan cliche di tempat kedua selepas perlawanan Liverpool lawan AC Milan yang lagi cliche nak mati... hahahaha......

review perlawanan yang cliche;

-lagi 10 saat nak tamat separuh masa pertama, Muntari menjaringkan gol untuk Ghana.

-10 minit yang pertama separuh masa yang pertama, Diego Forlan menjaringkan gol untuk Uruguay.

-keadaan tak setegang perlawanan Brasil Neatherlands yang ref macam bullshit dan Robben yang main bangsat.

-separuh masa kedua tamat, jadi terus ke Masa Tambahan.

-bila masa tambahan pun dah nak tamat, keadaan huru-hara jadi dalam kawasan penalti Uruguay.

-Luis Suarez dikenakan kad merah sebab menepis menggunakan tangan bola yang ditanduk oleh Adiyiah.

-Ghana diberikan tendangan penalti.

-Asamoah Gyan yang amik sepakan penalti tu. Tapi malangnya tendangan penalti yang sepatutnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan dipihak Ghana disia-siakan oleh Gyan.

-Kelihatan di skrin tv rumah aku Luis Suarez yang tengah nak blah dari padang sambil nanges-nanges tiba-tiba terlompat macam "beruk makyeh" sebab tak gol.

-Jadi perlawanan diteruskan ke sepakan penalti untuk menentukan pemenangnya.

-Sepakan pertama dan kedua berjaya diambil oleh kedua-dua wakil.

-Sepakan ketiga oleh Mensah berjaya ditepis oleh Muslera. Sinar kejayaan dimata para pemain Uruguay. Pemain Ghana semua hilang harapan, penyokong Africa pon semuanya menampakkan muka kecewa.

-Tiba-tiba si jenglot Pereira plak tendang tinggi nak mati macam nak tendang clear bola. Disaat inilah harapan kembali bersinar dikalangan pemain Ghana dan penyokongnya.

-Lagi menghampehkan keadaan, sepakan Adiyiah ditepis lagi sekali oleh Muslera. Yela, tendang pon macam ikan sardin. Kelihatan Muslera menunding jari kearah kawan-kawannya dengan amaran(aku baca gerak mulut Muslera) "hangpa toksah dok buat bangsat dah, bagi gol la bodo". hahahaha

-Gol keempat Uruguay berjaya dijaringkan. Maka menanglah Uruguay. Nanti semi jumpa Netherlands, amacam weh? Takde Suarez nih..


amacam?? macam plot citer melayu kan?? ada kemuncak sume... diakhir cerita, si penjahat kalah dan hero "happily ever after"....

Butthurt

.

sakit bontot aku doh.. tp sakit lg hati aku tgk game Netherlands vs Brasil... kalau fair play takpe la, ni dah la reff asyik tiup wisel jek... A. Robben lak asyik jatuh.. kasar sikit pon jatuh, lu main masak2 la bai... Fuck ahh!!!

and and, aku lagi fuck "FANS YANG MACAM LALANG". WTF man??? aritu sokong Brasil, tiba2 je suruh Brasil balik sebab dah jangka Brasil akan kalah... shame on you!!!

update#
I'm proudly to say, I'm a fans of England, Uruguay & Spain.

Go Forlan, go Villa! hahaha... 

I'm beginning to like underdog teams. Senang kan? Harapan tak tinggi, so kalau kalah pon tape...