0230 until 0500... Uruguay defeat Ghana to proceed to top 4/semi final stage... and by chance if you are watching the same thing, how cliche is that???
macam tengok drama melayu kat TV3 hari sabtu tu kan??? hahaha...
aku boleh letakkan perlawanan ni perlawanan cliche di tempat kedua selepas perlawanan Liverpool lawan AC Milan yang lagi cliche nak mati... hahahaha......
review perlawanan yang cliche;
-lagi 10 saat nak tamat separuh masa pertama, Muntari menjaringkan gol untuk Ghana.
-10 minit yang pertama separuh masa yang pertama, Diego Forlan menjaringkan gol untuk Uruguay.
-keadaan tak setegang perlawanan Brasil Neatherlands yang ref macam
-separuh masa kedua tamat, jadi terus ke Masa Tambahan.
-bila masa tambahan pun dah nak tamat, keadaan huru-hara jadi dalam kawasan penalti Uruguay.
-Luis Suarez dikenakan kad merah sebab menepis menggunakan tangan bola yang ditanduk oleh Adiyiah.
-Ghana diberikan tendangan penalti.
-Asamoah Gyan yang amik sepakan penalti tu. Tapi malangnya tendangan penalti yang sepatutnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan dipihak Ghana disia-siakan oleh Gyan.
-Kelihatan di skrin tv rumah aku Luis Suarez yang tengah nak blah dari padang sambil nanges-nanges tiba-tiba terlompat macam "beruk makyeh" sebab tak gol.
-Jadi perlawanan diteruskan ke sepakan penalti untuk menentukan pemenangnya.
-Sepakan pertama dan kedua berjaya diambil oleh kedua-dua wakil.
-Sepakan ketiga oleh Mensah berjaya ditepis oleh Muslera. Sinar kejayaan dimata para pemain Uruguay. Pemain Ghana semua hilang harapan, penyokong Africa pon semuanya menampakkan muka kecewa.
-Tiba-tiba si jenglot Pereira plak tendang tinggi nak mati macam nak tendang clear bola. Disaat inilah harapan kembali bersinar dikalangan pemain Ghana dan penyokongnya.
-Lagi menghampehkan keadaan, sepakan Adiyiah ditepis lagi sekali oleh Muslera. Yela, tendang pon macam ikan sardin. Kelihatan Muslera menunding jari kearah kawan-kawannya dengan amaran(aku baca gerak mulut Muslera) "hangpa toksah dok buat bangsat dah, bagi gol la bodo". hahahaha
-Gol keempat Uruguay berjaya dijaringkan. Maka menanglah Uruguay. Nanti semi jumpa Netherlands, amacam weh? Takde Suarez nih..
amacam?? macam plot citer melayu kan?? ada kemuncak sume... diakhir cerita, si penjahat kalah dan hero "happily ever after"....
No comments:
Post a Comment