Apa yang kecoh sangat dengan sotong sekor ni?? Femes sangat ke dia ni? Untuk pengatahuan anda, Paul ni bukan lah sotong-sotong yang dok menjaja kat Lake View tu ke hape, tapi Paul ialah nama kepada seekor sotong kurita.. Ye, sotong betul ye, bukan mak nyah...Paul ni memang udah terkenal sebenarnya sejak EURO 2008 lagi, tapi semakin femes bermulanya World Cup edisi kali ni kerana telah meramal perlawanan bagi Jerman dan buat masa ni 100% betul... Aku kipas susah mati Spain! wuhoo!!!
Macam mana Paul buat ramalan? Pakai kad ke hape?
Paul akan diberi makanan oleh penjaganya; Oliver Walenciak menggunakan kaedah dimana akan dimasukkan dua bekas makanan ke dalam akuarium tempat tinggalnya. Satu bekas dengan bendera Jerman dan satu lagi bekas dengan bendera Spain contohnya. Yang mana pilihan Paul, itulah yang akan jadi pemenangnya.
tapi malangnya Paul meramalkan Spain akan kalah kepada Netherlands nanti. Eh eh eh! Tapi, nanti dulu... macam EURO 2008 yang lepas, ramalan Paul betul semuanya kecuali ketika final, dimana Paul memilih Germany. Tapi akhirnya Spain jugak yang menang. adakah anda begitu yakin yang Paul sebenarnya memilih pemenang di peringkat final, bukannya yang akan kalah? Haha, goyah la tu..
pape pun jangan terlalu taksub dengan ini sotong. syirik nanti.
No comments:
Post a Comment