Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Double Standard

"VDay" and everything between.

MELAYU. Main ikot suka kalau nak jatuhkan hukum ke atas sesuatu. Kalau nak haram, haram lah ia, kalau nak halal, halal lah ia. Hukum Melayu ianya dipanggil.

"VDay" haram.
-tolonglah bagi aku dalil yang super kuat untuk menyokong kenyataan yang menyambut "VDay" ni haram.. By super kuat, maksud aku, sangat kuat. Mungkin dari petikan-petikan kitab-kitab. Aku tak sambut "VDay", tapi atas sebab tu aku tak boleh lah nak kata "VDay" haram. Berikan dalil, sekarang.

Hanya kerana kamu, kamu dan kamu sambut Merdeka, jadi tak apa sambutnya di Dataran Merdeka? Berkumpul ramai-ramai, tanpa halangan campuran lelaki wanita. Aku tak sambut Merdeka. Adakah perlu aku kata menyambut Merdeka juga HARAM? Kita perlu faham, ada banyak negara lain yang merdeka, jauh lebih dulu dari kita. Jadi ini menunjukkan yang kita meniru orang lain. Kita pasti ke sambutan Merdeka ini bukan dari orang kafir? Apa hukumnya disini?

Rokok halal.
-tolonglah, aku tahu memang ada dalil yang merokok ni haram. Siap dah keluar fatwa dah pun. Tapi betul ke haram? Haram sangat ke kalau kat kedai tu berlambak-lambak rokok dijual? Hanya sebab kamu, kawan kamu, abang kamu hisap rokok, adakah adil menghalalkan rokok? Tetap haram kan?

Sudah-sudah lah dakyah yang entah apa-apa ni. Banyak lagi hal lain yang penting. Dan tolonglah jangan double standard sangat.

Ini pandangan saya yang tak berapa pandai, tapi saya tak lah bodoh nak terima sesuatu bulat-bulat. Saya ada lah membaca sikit-sikit, dan tuhan bagi saya otak dan fikiran.

Dah habis butthurt ni. T_T

btw,

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

^_^ 


#update; not fair lah kan pandangan dari aku je. Ini pandangan from my kaka. Klik sini. Good point tho. It just that, aku still ngan opinion aku. Kalau nak haramkan sesuat, kita kasi haram semua la. Kasi bakar laaaa... :)

#update 2; ni satu lagi penulisan pasal hari sayang menyayang antara manusia. Klik sini.

No comments: