Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Sama tapi lain

Cerita Melayu vs NCIS

Aku tak ada niat pun nak membeza-bezakan antara dua cerita di atas kerana, jauh larinya. Yang aku nak tulis kali ini ialah pasal babak yang sama, tapi penerimaan yang berbeza.

Tadi aku lepak depan tv. Buka lah channel tempatan. Ada scene awek melayu ni, gedik-gedik cuba menggoda si pelakon lelaki. Aku naik menyampah, lalu tukar ke channel FOX. Ada NCIS. Dalam cerita yang berbeza, tapi scenenya lebih kurang saja. Entah mengapa, aku tak menyampah. Jadi aku teruskan melayan. Kemudian, kakak aku tanya;

"Awat cerita tadi tukaq cerita ni tak? Meluat kan tengok melayu gedik-gedik?"

Aku berdehem je. Entah lah. Mungkin Melayu tu sendiri zahirnya dikenali dengan sopan santun segala.

Tapi, ceq taktau la kat hangpa kan.

No comments: