Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Tak Sengaja

Zarifazifurina bosan. "Apa nak buat ni ye?" Tertanya Zarifazifurina kepada dirinya sendiri.




.
Bling! (Bunyi idea sampai)

Ambil telefon bimbit berkamera 5 megapiksel.

Hala kamera ke muka sendiri 

Pura-pura tidur.

Tekan butang tangkap.

Siap!

---------------------------------------------------------

Upload ke Facebook.

Di caption box, menaip, "CANDID".

Hik hik hik

Apa Anda Akan Buat Dengan RM1000?

Ni seingat aku dari rancangan yang si budak pendek TV3 tu jadi host tu. Eli apakejadahakudahlupa.


Dalam segmen tu, seorang awek poyo telah dijemput. Tajuk segmen tu lebih kurang "pisau cukur". Awek tu rilek je orang panggil dia pisau cukur. Siap mengaku lagi. Siap tunjuk lagi barang-barang yang dia cukur dan bagitahu harga tau. Mencikkk! Tetamu semua pun dah tarik muka. Aku rasa tu kalau bukan on-air tu, dah ada yang kena simbah asid tu.


Bila ditanya, apa anda akan buat dengan RM1000 tu, awek tu pun dengan eksaitednye menjawab nak beli kasut jenama ini yang berharga sekian sekian, baju jenama ini berharga sekian-sekian. And the effing list goes on and on and on. F-ing dumb.


Then, si budak Eli ni tanya pulak kat seorang mamat dari kalangan penonton disitu. Mamat tu dengan selamba menjawab;

"Handphone harga RM900, pastu top up RM100."

Lantas mendapat tepukan yang gemuruh sekali.

inb4, aku mamat kepoh.

Errrrrr #2

Ni, celaka apa pulak ni?

klik untuk tumbesaran maksima


Dua benda dalam kotak tu adalah dua benda yang tak sesuai langsung untuk duduk bersama.

inb4, apa jadah aku asyik update pasal bapok ni? Entah, aku pun tak tahu. =.=

Errrrrr

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi ni celaka apa ni?




MUKAMINTAKPENYEPAKKEAPANI?


p/s : Gambat ni gua ambil dari gogel, so kalau rasa ni kawan lu orang, suruh dia contact gua. Biar gua Azan kat telinga dia dulu baru gua padam ini gambar.

Sunday

Cerita Benar

Hassan sedang rancak bercerita tentang abangnya yang agak terkenal di kampung itu kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Segala pengalaman menarik yang diceritakan oleh abangnya, diceritakan kembali kepada rakan-rakannya.

Rauf dan Daud sedang asyik mendengar sedang si Ramlan sepertinya mendengar tetapi tidak terlalu menumpukan perhatian. Entah apalah yang dia fikirkan.

Usai celoteh panjang Hassan yang agak menarik itu, Ramlan dengan pantas mencelah.

"Abang aku lagi lah. Bukan aku nak cerita la. Tapi memang betul. Dengar macam tipu, tapi serius CERITA BENAR!. Korang nak tahu? Bla bla bla bla.............. "

Hassan, Rauf dan Daud saling berpandangan. Tertanya-tanya mereka, bilakah Ramlan ini mengarang cerita dalam otaknya. Pantas. Tersenyum mereka bertiga sepertinya cerita Ramlan menarik sekali.

[Basic] I = V / R

I equal to Current. Running thru Cable.

Cable definition???

--------------------------------------------------------------------


Zairil sedang melepak bersama rakan baiknya ketika kecil, Husin.

Zairil : "Bro, kalau dapat keje ni, lu cakap je lu nak apa. Gua tahu, lu suka kentaki kan? 1 bucket pun gua boleh belikan kat lu."

Husin : "Jangan risau bro, gua akan usaha apa gua boleh. Lu jangan risau lah."

Sambil Zairil memberi sampul surat diisi sepertinya boleh memuatkan kertas bersaiz A4 kepada Husin.


--------------------------------------------------------------------

Oh, Husin bekerja di HR management di sebuah kilang yang kebetulan ialah tujuan Zairil minggu depan untuk menghadiri temuduga kerja.

Thursday

Saya Suka Cara Awak Berfikir

+900000000 LULZ

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan satu soalan,

"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"




Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut,

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".


Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim.

Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,


"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab,



"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".


"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

Wednesday

Bunga

Senah berkenalan dengan seorang pemuda dari bandar. Mereka dilamun cinta. Si pemuda mengajak Senah mengikutnya ke bandar.

Senah - Kalau saya menjadi bunga, awak menjadi apa?

Pemuda - (Dengan nada berjenaka menjawab) Saya menjadi penjual bunga boleh? Hikhikhik

Senah - Hikhikhik. Buat lawak pula dia. Okay, saya ikot awak ke bandar.


Beberapa bulan berikutnya di bandar.

Nampaknya kata-kata pemuda itu untuk menjadi PENJUAL BUNGA bukan lah olok-olok. Dan memang lah Senah yang menjadi BUNGA.

Pemuda - Heh!

New Age Spamming

Ini ialah segmen khas ditaja oleh abam Ska X.


refer entri asal di SINI dan di SINI.

Damn True

Baru-baru ni, gua terbaca dari blog Sarkasis entri pasal sekarang budak2 pun dah berfesbuk. Sila baca entri tu di SINI.

Dengar macam sarka lebih kan? Tapi serius, aku baru jumpa je tadi. Satu family, dari mak bapak, abang long sampai ke adik-adik semua ada fesbuk. Ok, normal la tu kan. Tapi, adik bongsu family ni, baru berumur dalam 4 5 tahun.

Wattefook???? 4 @ 5 tahun?

Boleh ganti surat beranak dah fb budak tu, sebab detail dalam info tu dah lengkap.

Monday

AKU MEMANG BENCI BLOGGER JENIS NI

Budak kampung, datang bandar, culture shock, troller wannabe. Pthuuuiihh!


Sunday

Lulz of the day

Gua ingatkan si dR ni dah malu lalu sedar dengan kesilapan diri agar jangan riak. Tapi rupanya tidak. Klik untuk tumbesaran maksima.






dR ni dulu kat sekolah mesti "A" kalau bab buat cogan kata ni. lulz

inb4,
legasi jujur amanah setia bijak berilmu dan saling membantu.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Selamat Hari Bapa

Dikesempatan hari bapa ini, gua pun nak tujukan ucapan walaupun ucapan gua tak dapat dikhususkan kepada sesiapa. Ucapan hari bapa gua, ditujukan kepada SEMUA adik beradik gua yang dah jaga gua dari kecik.

Gua pun perasan, hari bapa ni diraikan kurang meriah dari hari ibu. Entah lah mengapa.


inb4;

Walaupun ayah gua pergi seawal gua berumur 4 tahun, tapi gua ingat lagi kenangan-kenangan gua dengan beliau dulu. Setiap pagi, gua akan bangun awal gila. Pukul 7 tu dah confirm terpacak. Dan gua setiap hari akan ikot ayah gua pergi hantar kakak gua pergi sekolah, pastu pergi ikot ayah gua mengopi(melepak sambil minum kopi) di warung. Eh, sebenarnya, minum air teh je. Gua akan minum dalam piring alas cawan tu. Heaven!

Dan setiap malam, ayah gua akan belikan gua keropok. Tapi lupa la keropok apa. Ayah gua je gua ingat.

p/s ; Ayah, I Love You.

Hati Kering

Hati kering merujuk kepada seseorang yang tak fikir pasal orang lain. Selalu buat hal sendiri je. Contohnya macam pakai kain pelikat pergi tengok wayang dengan alasan "Lantak gua lah. Gua nak keselesaan waktu menonton wayang. Duit wayang duit gua, ada ganggu siapa?"


Tapi sebenarnya tahu tak, mostly orang yang hati kering ni dia sebenarnya fikir pasal apa orang lain fikir pasal dia. Geddit?

Dia nak orang fikir yang dia hati kering. Again, geddit?

Tapi tahu tak, sebenarnya penting untuk kita fikir pasal orang lain. Orang yang tak fikir pasal orang lain, mereka selalunya akan fikir, benda tak jadi lagi, biarlah.

Biar sini gua nak nasihat. Benda tak jadi, lu boleh cakap. Tapi kalau benda dah jadi, dan benda tu bukan benda kecik macam perahu yang terlajak, baru lu nak menyesal. Maksud gua bukan benda kecik tu, macam benda yang kalau dah jadi, menyesal la lu seumur hidup.

Emo mood ON.

Biar sini aku bagitahu. Penting untuk jaga perasaan orang lain. Kalau dah jadi macam aku, banyak benda dah berlaku dan dalam banyak-banyak tu, banyak juga orang yang aku sayang hilang, korang rasa menyesal ni membawa makna lagi tak? Ye, aku tak boleh nak kawal siapa yang tinggal, siapa yang pergi. Tapi bayangkan kalau perasaan diorang aku jaga?


in b4, yes. I almost cry now.

Friday

Poll

bila di dalam dilema, dan minda pun tak dapat berfikir dengan waras, di situlah datangnya fungsi poll.



Agak-agak nak tolong undi poll ni, boleh klik SINI.

Tuesday

Kedai Makan

Kalau ikutkan logik, makanan yang dijual di dalam kampus sepatutnya murah. Kerana pembeli rata-ratanya ialah pelajar. Dan makanan di luar SEDIKIT mahal kerana penjualan kepada umum.


Tapi, REALITInya.......

Makanan yang dijual di cafe kampus harganya MAHAL ya amat! Aku pernah dulu terlepas makan di cafe di poli. Ya ampun, makanannya murah belaka. Tuan punya yang sama, buka kedai lain diluar harganya sama saja murah. Tak hairan lah kalau murah. Tapi makanan di kampus aku ini ya tuhan saja yang tahu bertapa MAHALnya. Mungkin kerana kami pelajar kolej swasta. Ceh, CELAKA.

p/s : Multi cooker. Meggi Kari 2 minit, serbuk lada, telur. Perghhh... Ini dah mencukupi.

Monday

Kahwin

Nak kahwin ialah perkara senang bagi wanita tapi bukan bagi lelaki.

"Tak puas enjoy lagi" dan "Kita masih muda la bro" cuma alasan untuk menangguh masa mencari wang untuk berkahwin.




Wanita;

Nak kahwin nanti, nak buat lauk apa ye. Nak ajak berapa ramai orang ye. Pelamin nak kaler apa ye. Baju nak berapa set ye. Nak kaler apa pulak baju nanti. Nak upah photographer mana lah ye.



Lelaki;

Makan 3000 kepala. Pelamin, baju 3 set, photographer, hantaran itu ini, sewa khemah, katering etc. Ahh mampus! Personal loan RM 30K. Buat 9 tahun. (tekan-tekan kalkulator kira interest) Campur loan kereta, loan rumah, loan belajar dulu tak habis bayar lagi. (tekan-tekan kalkulator lagi) Ahhhh, mampus aku!

Thursday

02/06/2011

Secara rasminya, mulai hari ini, aku rasa dah tak trill meyokong Real Madrid dan Barcelona di medan La Liga. Aku nak mula menyokong MALAGA CF mulai hari ini. Sia-sia lah aku duduk 4 sem kat Malaga kalau tak support.

Takziah

Hari ini, (aku assume harini hari Rabu lagi sebab aku tak tidur lagi) perginya seorang guru bernama Mr. Teh. Aku tak sempat kenal lama Mr. Teh, hanya selama sebulan lebih ketika dia jadi pensyarah ganti.

Tapi selama aku kenal dia, dia seorang yang garang, dan mungkin agak kecewa dengan perangai Melayu. Selalu memperlekehkan orang Melayu. Aku faham kenapa. Aku sendiri kadang-kadang tengok masyarakat aku sendiri, aku malu inikan pula Mr. Teh si cina muslim tu.

Aku sempat tengok jenazah dimandikan. Aku tiba-tiba teringat arwah abah dan mak aku. Tak pula aku tengok mereka dimandikan dulu. Aku pun kecil lagi dulu.

Yang aku ingat, ketika arwah ibu aku diturunkan ke lubang sedalam 7 kaki tu, memang aku sedih. Macam-macam aku fikirkan. Tadi pun sama. Semasa aku melihat Mr. Teh dimandikan, aku berfikir, menghitung-hitung hidupku sebagai insan atas muka bumi ni.

Aku kira, beruntung jadi seperti Mr. Teh. Seorang GURU. Orang kata, kalau kita nak lihat orang tu ramai kawan sebenar, ramai orang sayang, tengok hari kematian dia nanti. Ramai ke tak. Tadi aku tengok, memang ramai orang datang. Mostly orang yang aku tak kenal. Tapi dalam ramai-ramai tu, masih ada yang aku kenal. Pelajar.

Ucapan takziah kepada keluarga arwah, dan doa. Semoga Mr. Teh berada di kalangan orang yang beriman.