Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Thursday

Takziah

Hari ini, (aku assume harini hari Rabu lagi sebab aku tak tidur lagi) perginya seorang guru bernama Mr. Teh. Aku tak sempat kenal lama Mr. Teh, hanya selama sebulan lebih ketika dia jadi pensyarah ganti.

Tapi selama aku kenal dia, dia seorang yang garang, dan mungkin agak kecewa dengan perangai Melayu. Selalu memperlekehkan orang Melayu. Aku faham kenapa. Aku sendiri kadang-kadang tengok masyarakat aku sendiri, aku malu inikan pula Mr. Teh si cina muslim tu.

Aku sempat tengok jenazah dimandikan. Aku tiba-tiba teringat arwah abah dan mak aku. Tak pula aku tengok mereka dimandikan dulu. Aku pun kecil lagi dulu.

Yang aku ingat, ketika arwah ibu aku diturunkan ke lubang sedalam 7 kaki tu, memang aku sedih. Macam-macam aku fikirkan. Tadi pun sama. Semasa aku melihat Mr. Teh dimandikan, aku berfikir, menghitung-hitung hidupku sebagai insan atas muka bumi ni.

Aku kira, beruntung jadi seperti Mr. Teh. Seorang GURU. Orang kata, kalau kita nak lihat orang tu ramai kawan sebenar, ramai orang sayang, tengok hari kematian dia nanti. Ramai ke tak. Tadi aku tengok, memang ramai orang datang. Mostly orang yang aku tak kenal. Tapi dalam ramai-ramai tu, masih ada yang aku kenal. Pelajar.

Ucapan takziah kepada keluarga arwah, dan doa. Semoga Mr. Teh berada di kalangan orang yang beriman.

No comments: