Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Sunday

Cerita Benar

Hassan sedang rancak bercerita tentang abangnya yang agak terkenal di kampung itu kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Segala pengalaman menarik yang diceritakan oleh abangnya, diceritakan kembali kepada rakan-rakannya.

Rauf dan Daud sedang asyik mendengar sedang si Ramlan sepertinya mendengar tetapi tidak terlalu menumpukan perhatian. Entah apalah yang dia fikirkan.

Usai celoteh panjang Hassan yang agak menarik itu, Ramlan dengan pantas mencelah.

"Abang aku lagi lah. Bukan aku nak cerita la. Tapi memang betul. Dengar macam tipu, tapi serius CERITA BENAR!. Korang nak tahu? Bla bla bla bla.............. "

Hassan, Rauf dan Daud saling berpandangan. Tertanya-tanya mereka, bilakah Ramlan ini mengarang cerita dalam otaknya. Pantas. Tersenyum mereka bertiga sepertinya cerita Ramlan menarik sekali.

1 comment:

PenjuruKosong said...

x penat ke bercerita kejayaan org lain??
kita??
apa yg ada...