Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Bila commentator sukan emo

LULZ. Saja lah aku nak try usha live commentary ni. Sekali commentator emo semacam je. Maybe dia penyokong Paraguay kot.


  
klik untuk tumbesaran maksima

"Moan, moan, moan, moan, moan. When he's not flying down the wing scoring goals, that is all Suarez ever does. Very, very good but incredibly annoying."


inb4, bukan ke Liverpool player semua macam tu? Kah kah kah!

Sunday

Advance?

Keputusan UPU baru sahaja keluar. Hamdalintintop berasa seronok sekali. Dia berjaya ke UXX. Ucapan tahniah disampaikan daripada ibu dan ayah beliau. Pesan ayah beliau ;

"Engkau kesana belajar elok-elok nak. Ayah nak tengok kau berjaya. Ubah nasib keluarga kita."

Terangguk-angguk Hamdalintintop mendengar pesanan ayahnya tanda faham.


---------------------------------------------

Malam itu, kerana terlalu teruja, Hamdalintintop pun menghubungi kawannya di UXX.

"Eh Hamidaraon, kat UXX kat mana rumah sewa murah?"


"Eh Hamidaraon, kat UXX ada sewa kereta sewa tak?"


"Eh Hamidaraon, kau kat sana nak enjoy selalu kemana?"


"Eh Hamidaraon, kat sana tempat makan mana yang best?"


"Eh Hamidaraon, nanti aku kesana, kau bawak lah aku jalan-jalan town ye?"


Heh.

Thursday

Modric ke Chelsea?


Hi u'ols. Ni entri pertama I kan, jadi I akan berbahasa sopan dahulu. Nak membina imej yang baik lah katakan. Ahakz!

Okay, berita sukan pertama daripada I, kan u'ols semua tahu kan yang Modric nak ke Chelsea. Tapi Spurs tak kasi. Yelah, pemain penting lah katakan. Dengar kata permintaan Modric untuk berpindah telah direject mentah-mentah. I pun tak tahu.

Jadi untuk kepastian, I pun dengan konfidennya, call lah manager Spurs, Harry Redknapp. I kenal dia tau. I tanya lah perkembangan terbaru kelab tu dengan Modric. Dia suruh I tunggu, dia nak hantar mms tunjuk situasi sekarang u'ols.

Meh kita tengok mms tu

Nak ke Chelsea? Go fuck yourself!


Wawawa, nampak sangat le mamat Modric ni takkan kemana buat masa sekarang ni.



p/s ; kenape??? Wartawan sukan tak boleh nak kepoh-kepoh ke????

Lupa Daratan?

"Kau belajar tinggi-tinggi pun, duit kerajaan. Lepas tu, kau nak berpaling tadah pada orang yang banyak berjasa pada kau. Lupa daratan punya budak!"


Aku neutral. Lebih senang aku katakan, aku tak tahu nak sokong siapa. Pada aku, mana-mana pihak pun ada buruk baik. Aku lebih suka dengar cerita dari kedua-dua pihak. Apa-apa link pun aku share balik, baik dari sebelah pihak sini, mahupun sebelah pihak sana.

Tapi, ungkapan kat atas yang telah dilemparkan kepada aku oleh seorang brada hanya sebab aku kata "usul BERSIH tu sebaik-baiknya kerajaan dan SPR kaji, dan mungkin ada kebenaran dan ini untuk kebaikan sejagat" ialah sangat tidak releven. Dah lah kata gua sokong kafir, gua pun kafir. Siapa lu nak kafirkan orang?

-.-"


Tidak releven sebab apa? Tidak releven kerana duit itu sememangnya hak rakyat dan dah nama pun duit PINJAMAN pelajaran, jadi maksudnya nanti aku akan bayar balik juga.


Kita guna permikiran yang logik je lah disini.

Logik #1
Ibu bapa aku menyimpan duit setiap bulan di MAYBANK. Andaikan, 20 tahun kemudian, aku keluarkan duit dalam MAYBANK itu, relevenkah di sini duit yang aku keluarkan itu ialah duit MAYBANK?


Logik #2
Aku nak beli kereta. Jadi aku buat pinjaman kat bank BSN. Andaikan, dalam kontrak aku akan selesaikan duit itu dalam tempoh 10 tahun. 10 tahun kemudian, relevenkah kalau aku kata, aku beli kereta dengan duit BSN?

Entri ini tiada kena mengena dengan politik baik demo tempoh hari. Ini ialah tentang hak.


.

Wednesday

Kenduri

Niat asal orang buat kenduri ialah untuk menjamu orang ramai terutamanya orang susah. Dalam erti kata lain, kenduri ni umpama bersedekah lah. Tanda kita menunjukkan kesyukuran ke atas sesuatu. Contohnya, perkahwinan, pertunangan, dapat zuriat, etc.

Tapi itu dulu.

Sekarang, kalau nak buat kenduri, kena hantar kad undangan. Dalam list undangan tu, nama VIP mesti lah paling atas.

Tuesday

Serta-merta Perbualan Ditamatkan

Si gadis baru saja approve friend request dari si jejaka. Dek kerana si gadis yang comey lotey, si jejaka pun mula naik tanduk. Ayat baik-baik dulu fikir si jejaka. Dimulakan dengan tanya khabar, tengah buat apa, dah "mam" ke belum dan macam-macam soalan lain lagi yang tak masuk akal. Kemudian si jejaka saja nak try nasib, lalu bertanya;

"U ni cute je, mesti dah ada bf kan? Hehehe" dengan harapan si gadis akan jawab, "Takde lah. Tak cantik pun" kemudian baru lah si jejaka dapat melemparkan puji pujian setinggi gunung dan mencuba nasib ajak berpacaran. 


Tapi............

"Hehe. Bf dah nak jadi tunang dah pun bulan depan." itulah reply dari si gadis.

.....................................
...................
..END..

Bukan Hak Kita

"Bukan Hak Kita" nak judge orang. Itu yang selalu kita ucap. Tapi, adakah tindakan kita mencerminkan apa yang telah kita ucap?


--------------------------------------

Bila tiba exam, time tu lah baru nak cari sejadah. Typical kan? Ini, aku mengaku aku pun buat.

Tapi, orang bila lihat perkara ni, selalu akan komen "Time susah baru cari Tuhan. Kau ni, bla bla bla."

Ini aku jujur. Pernah satu masa dulu, time exam, aku terasa macam nak solat. Tapi, bila fikirkan apa orang kata nanti, susah baru cari sejadah, aku berhenti. The rest? History. Tak perlu lah aku sambung lagi.




Benda ni memang betul terjadi. Tapi sama ada amalan kita dikira ke tak, apa yang jadi, itu biar Tuhan sendiri yang tentukan. Kita buat je. Kalau ada pun orang berniat solat hanya sebab susah, tak ikhlas dan macam-macam lagi, itu bukan kita yang tentukan.

End.

Sunday

This Is True

Kebanyakkan orang hanya dengar Azan penuh waktu bulan Ramadhan.

Akan Datang

guest writer aka guest pundit. Untuk segala hal berkenaan sukan.



Nantikan penulisan dari beliau. Walaupun tak ada blog, tapi beliau masih ingin membuat entri. Baru hipster katanya.

Saturday

Kaya

Sekaya mana pun kamu, ada duit berapa billion pun, takkan boleh beli Esok & Semalam.


Dipetik dari Ustaz Azhar ketika berborak mengenai sambung belajar.

Blogger Neutral

Blogger Neutral #1
"Aku neutral. Tak menyokong mana-mana parti. Aku neutral. Aku juga lebih suka pendapat orang yang neutral."

Kesukaan Blogger Neutral #1 ialah membaca blog Bijan dan seangkatan. Selalu membenarkan segala tindak tanduk kerajaan. Dan nama blog Blogger Neutral #1 ialah, "BN FOR LIFE".



Blogger Neutral #2
"Aku neutral. Tak menyokong mana-mana parti. Aku neutral. Aku juga lebih suka pendapat orang yang neutral."

Kesukaan Blogger Neutral #2 ialah membaca blog DSAI dan seangkatan. Selalu membenarkan segala tindak tanduk pembangkang. Dan nama blog Blogger Neutral #2 ialah, "KITA PERLU TUKAR KERAJAAN".



Blogger Neutral hanya pada nama. Namun jelas sekali yang mereka bukan neutral mana pun. Macam mana pun, Blogger Neutral #1 pasti up kerajaan, down pembangkang manakala Blogger Neutral #2 pasti up pembangkang down kerajaan. Guna lah panggilan maha adil sekalipun, mereka tetap akan berat sebelah.

-----------------------------------------------------------------------

Masalah politik di Malaysia ialah, kita sokong parti. Yang sebenarnya, nak sokong tu bukan ikut parti, tapi ikut orang yang bertanding. Korang paham? Kalau tak, macam mana eh aku nak terang?

Macam ni lah ye;

Ada pakcik Dave. Pakcik Dave penyokong parti Foo Fighters. Pakcik Dave tinggal di negeri Johny Park. Pakcik Dave suka dengan wakil rakyat dari parti Foo Fighters sebab beliau telus. Keadaan di negeri Johny Park pun aman sejahtera.

Satu hari, pakcik Dave telah berpindah ke negeri Back & Forth. Disana ada satu pilihanraya antara wakil rakyat dari parti Foo Fighters menentang parti Alter Bridge.

Disebabkan ditempat lama pakcik Dave beliau telah menyokong parti Foo Fighter, jadi di tempat barunya pun beliau mahu menyokong parti Foo Fighter ini. Tapi pakcik Dave terlupa, yang ini wakil rakyat yang lain.

Jadi, pakcik Dave tak boleh berharap sangat yang sistemnya dan keadaannya akan sama seperti ni negeri Johny Park.

Ada paham?

Macam ni lah.

Tak semua orang dalam parti kerajaan itu benar dan tak semua salah.

Begitulah juga,

Tak semua orang dalam parti pembangkang tu benar dan tak semua salah.

Masalah masyarakat Malaysia sekarang ni, kita sokong parti, bukan orang yang bertanding. Kita lihat pada parti ketika mengundi, bukan pada sifat orang yang bertanding itu. Jadi, tak hairan lah kalau korupsi tu masih menjalar dalam sistem.

Ini hanya pendapat aku. Kalau tak suka, GTFO. =.=

Friday

Farewell Soldiers

Selamat berjaya bermain di Sunderland. Kalau jumpa Man. Utd nanti, bagilah muka ye. :)

 
 John O'Shea (1998-2011) & Wes Brown (1996-2011)
 "Not regular, never complaint."


.

Wednesday

Jangan Buang Masa

Orang yang cerdik akan isi masanya yang terluang melakukan sesuatu. Tak kisah tempoh masa terluangnya panjang ataupun singkat, yang penting bukan duduk sahaja. Di bilik termenung contohnya. Apa anda selalu buat? Disini aku listkan beberapa aktiviti yang aku tahu ada orang buat.


Main game dekat handphone
Layan lagu
Baca komik/surat khabar
Online via handphone
Hisap rokok (kawan aku kata rokok daun lagi best)
Main dota (kot. Yang ni aku tengok iklan Myeg tu)


Jika tahu apa-apa lagi aktiviti lain, silalah komen di bawah.

Tuesday

Tevez Nak Blah

Carlos Tevez "Gua dah tak tahan dengan Citeh. Gua nak blah!"


Kita tengok berapa Citeh boleh tahan dia tak bagi blah.

Mod Politik; OFF

Aku malas nak bertekak berbincang hal politik. Sekalipun berbincang baik-baik, di akhir nanti akan membawa kepada pertelingkahan juga. Kawan-kawan pun boleh jadi musuh. Kesan paling ketara terhadap siapa? Masyarakat Melayu. 


Cuba buka minda. Buatlah apa juga. Mahu turut serta atau tidak, itu pilihan sendiri. Tapi pilih lah yang membawa kebaikan. Jikalau dengan penyertaan itu bagimu ialah kebaikkan, turutlah serta. Jika sebaliknya, jauhkan lah dirimu. Tapi fikirkan lah, yang menentang kaum kita, yang ditentang juga kaum kita. Yang bakal menang? Terang sekali bukan kaum kita. Ini bukan soal kaum sahaja, tapi ingatlah, hanya satu kaum majoriti di negara kita ini membawa agama yang satu ini. Apa akan jadi kalau kaum yang satu ini jatuh?

+- ; Ada banyak lagi kaum yang membawa agama Islam, ya. Tapi cuba fahamkan dalam konteks ayat di atas.

yang berwarna merah dalam ayat telah ditambah selepas entri telah di"up".

=.=

Dulu Kini

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu tengok cerita Cina kungfu kungfu. Dan ada satu masa tu, TV3 selalu tayang cerita Cina yang ada dua orang budak berlakon. Sorang yang debab, sorang lagi budak terer kung fu. Korang mesti ingat jugak kot. Ini ialah Shi Xiao Long, budak yang terer kung fu tu.


Dulu





Kini




Monday

Kuih Lapis #2

Pagi tadi, tengah gau sedap melayan milo ais dan kuih lapis sambil layan surat khabar bahagian sukan, terus sorang pakcik datang duduk semeja dengan gua. Gua tak kesah.

Gua teruskan membaca surat khabar, membaca perihal transfer window yang makin pelik jadinya.

Habis saja gua membaca bahagian sukan, gua terus menyelak surat khabar ke bahagian lain. Gua terselak ke bahagian politik. Gua cuma membaca tajuk besarnya sahaja. Lalu gua melipat surat khabar itu elok-elok, dan gua teruskan makan kuih lapis merah jambu putih selapis demi selapis.

Mungkin pakcik tadi perasan gua menyelak ke bahagian politik, lantas mula lah membuka perihal politik dengan gua. Cerita ini, cerita itu. Gua agak pakcik ni Ahli Jawatankuasa BN ni. Paling kurang pun, pro-BN paling kuat di kampungnya. Untuk menghormati beliau, gua hanya tersenyum dan mengiyakannya.


Selepas entah berapa lama, pakcik ni menamatkan topik politik beliau lantas bertanya kepada gua.

"Hang nanti hang nak undi apa? Hang jangan dok undi Cina. Hang nak ka negara kita kena perintah dengan orang Cina?"

........................................................


"Pakcik, umur saya baru 19. Lagi 2 tahun baru boleh mengundi kot. Sekarang saya student lagi. Student tak boleh berpolitik. Kena tangkap dengan U boleh kena buang nanti."


Heh. Malas nak layan pakcik ni.

Malaysia Woih!

Dood. Malaysia on the main article. Bro-fist yooo!


source ; Eurosport

Sama Tapi Berbeza

Gua telah berjumpa ramai orang yang tak tahu membezakan hotdog dan sosej. Sosej dipanggil hotdog, hotdog dipanggil sosej. Dan setiap kali gua tegur, ada je tak puas hati dengan gua. Pfffttttt.....



This are fukken Sausage!




&
This is f-ing Hotdog!




Ada paham ka?

Sunday

Kutuk Mengutuk Amalan Kita

"Weh Hanamisa Binti Kawaluddin. Tu, tengok tu.
Arifafizunina Binti Azizzuseman tengh kutuk kau tu."


"Biarlah dia tu dengan perangai butuk dia tu
Ropeah Binti Seleiskandar. Kau tau, dia tu bukan 
baik sangat pun. Hari tu aku nampak dia
keluar pekan dengan mat rempit kau tahu?"


"Betul tu. Dia kutuk kau dengan aku, nanti dia
dpat dosa, kita jugak yang dapat pahal free kan?
Dah la selalu romen. Ingat orang tak tahu ke.
Mak bapak dia yang bodoh sangat ingat anak dia
tu baik sangat."





--------------------------------------------------------------------

Pahala free dapat bila kita bersabar. Bukan bila kita kutuk balik. =.=


.

The Foos

Ahad-ahad ni selalunya akan rasa slow je kan? Sekarang ni aku tengah in mood layan lagu Foo Fighters. Lama juga lah aku minat band ni. Rasanya aku ada tulis kot pasal band ni awal-awal entri dulu.

Pada yang tak pernah dengar, bagi ia percubaan!(Give it a try) Serius layan.


Kat sini meh aku rekomen lagu-lagu yang best dari mereka.


Big Me
Hey, Johny Park!
My Hero
Learn To Fly
Times Like These
All My Life
Another Round 
Friend Of A Friend
In Your Honor
Best Of You
The Last Song
Marigold (dari nirvana kalau tak silap)
Cold Day In The Sun (drummer yang vox)
Skin And Bones
Over And Out 
The Pretender
Rope
Dear Rosemary
These Days
Back & Forth
I Should Have Known (bunyi bass time bridge tu terbaik)

*yang aku bold tu, memang lagu peberet aku. Dengar time berak memang terbaik! lulz


Me personally? I listen to all of them. 122 songs in total. 
Tapi aku tak sure betul-betul ke 122 lagu. Sebab ada lagu yang dalam album yang satu ni, dah ada dalam previous album.




Foo Fighters

Dari kiri; Dave Grohl, Pat Smear, Nate Mandel, Taylor Hawkins, Chris Shiflett



Sunny Sunday

Yang pangkal bertemu hujung, yang atas bertemu bawah.

Masyarakat Kita

Orang kata, nak tengok masyarakat kita di masa depan nanti, tengok anak-anak zaman sekarang ni.

Tapi macam mana nak tengok masyarakat kita zaman sekarang pula? Yang ni aku kata, kita tengok apa yang ada kat tv, kat majalah, kat suratkhabar. Contohnya, cuba buka filem Kongsi. Di awal cerita, akan ada satu dialog macam ni;

"Manis Nescafe ni. Macam perempuan semalam aku main."

Tengok pula berita. Kes buang bayi lah, zina lah dah jadi bahan berita harian.

Pastinya ada sebilangan yang akan geleng-geleng kepala dan ucapan istifar akan kedengaran menandakan tanda terperanjat. Tapi, itulah yang mencerminkan masyarakat kita sekarang.

Saturday

Raya Dah Dekat

Di sebuah kedai mamak yang tak ramai pelanggan, hatta adalah dua orang wanita pertengahan umur sedang berborak-borak kosong.


-----------------------------------------------------------------

Baju tak tempah lagi ni. Nak pakai kaler apa ye tahun ni?
Ehmmmm, nak pakai design camne eh tahun ni? Nak sedondon
tak dengan laki aku? Nak buat kuih apa ye? Ehmmmmm.......


Hey Senah. Kau ni pikir nak raya je. Puasa tu yang
penting. Kau nanti puasa, suka pegi bazar mana?
Pejabat kau tu, kalau puasa balik macam biasa ke lagi awal?


Oh, aku pg bazar dekat belakang pekan sana. Puasa nanti boleh lah kita 
bertukar-tukar juadah berbuka ye Hazimah. Hehe. Aku puasa nanti balik 
awal, boleh la aku masak.




-----------------------------------------------------------------

Kakak-kakak ini terlupa, yang sebelum fikir pasal puasa dan raya yang mendatang ni, puasa yang lepas dah setel ke belum? 

Resit $100,000,000

Apahal kaya sangat mamat ni?


Satu resit telah dijumpai di slot resit di Bank Capital One dekat East Hampton Village. Yang mengejutkan, baki yang tertulis pada resit itu ialah $99,864,731.94. Watefak?

Aku salute ini orang. Duit banyak-banyak, withdrawn cuma 400 je. Dan dia lebih pilih cash money.  Tapi, main tinggal je resit. Tak mustahil la satu hari nanti kena rompak ni. Hahaha.

p/s : Jutawan pun kena rembat fee sampai $2.75. Tapi, bagi dia, apa ada hal.