"Kau belajar tinggi-tinggi pun, duit kerajaan. Lepas tu, kau nak berpaling tadah pada orang yang banyak berjasa pada kau. Lupa daratan punya budak!"
Aku neutral. Lebih senang aku katakan, aku tak tahu nak sokong siapa. Pada aku, mana-mana pihak pun ada buruk baik. Aku lebih suka dengar cerita dari kedua-dua pihak. Apa-apa link pun aku share balik, baik dari sebelah pihak sini, mahupun sebelah pihak sana.
Tapi, ungkapan kat atas yang telah dilemparkan kepada aku oleh seorang brada hanya sebab aku kata "usul BERSIH tu sebaik-baiknya kerajaan dan SPR kaji, dan mungkin ada kebenaran dan ini untuk kebaikan sejagat" ialah sangat tidak releven. Dah lah kata gua sokong kafir, gua pun kafir. Siapa lu nak kafirkan orang?
-.-"
Tidak releven sebab apa? Tidak releven kerana duit itu sememangnya hak rakyat dan dah nama pun duit PINJAMAN pelajaran, jadi maksudnya nanti aku akan bayar balik juga.
Kita guna permikiran yang logik je lah disini.
Logik #1
Ibu bapa aku menyimpan duit setiap bulan di MAYBANK. Andaikan, 20 tahun kemudian, aku keluarkan duit dalam MAYBANK itu, relevenkah di sini duit yang aku keluarkan itu ialah duit MAYBANK?
Logik #2
Aku nak beli kereta. Jadi aku buat pinjaman kat bank BSN. Andaikan, dalam kontrak aku akan selesaikan duit itu dalam tempoh 10 tahun. 10 tahun kemudian, relevenkah kalau aku kata, aku beli kereta dengan duit BSN?
Entri ini tiada kena mengena dengan politik baik demo tempoh hari. Ini ialah tentang hak.
.
No comments:
Post a Comment