Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Tuesday

Mod Politik; OFF

Aku malas nak bertekak berbincang hal politik. Sekalipun berbincang baik-baik, di akhir nanti akan membawa kepada pertelingkahan juga. Kawan-kawan pun boleh jadi musuh. Kesan paling ketara terhadap siapa? Masyarakat Melayu. 


Cuba buka minda. Buatlah apa juga. Mahu turut serta atau tidak, itu pilihan sendiri. Tapi pilih lah yang membawa kebaikan. Jikalau dengan penyertaan itu bagimu ialah kebaikkan, turutlah serta. Jika sebaliknya, jauhkan lah dirimu. Tapi fikirkan lah, yang menentang kaum kita, yang ditentang juga kaum kita. Yang bakal menang? Terang sekali bukan kaum kita. Ini bukan soal kaum sahaja, tapi ingatlah, hanya satu kaum majoriti di negara kita ini membawa agama yang satu ini. Apa akan jadi kalau kaum yang satu ini jatuh?

+- ; Ada banyak lagi kaum yang membawa agama Islam, ya. Tapi cuba fahamkan dalam konteks ayat di atas.

yang berwarna merah dalam ayat telah ditambah selepas entri telah di"up".

=.=

4 comments:

Anonymous said...

tapiiii, saya bukan melayu,. saya bw juga agama yang satu ni,. bagaimana tu?

Mr. AL said...

*kaum majoriti.

Mr. AL said...

maksudnya Melayu yang membawa agama Islam. Sesiapa pun boleh membawa agama Islam ni.

Kita ada India muallaf. Membawa agama Islam.

Kita ada Cina muallaf. Juga membawa agama Islam.

Taoi fikir balik. Jikalau Cina menjadi kuasa besar di Malaysia, adakah pucuk pimpinan akan dipegang oleh Cina muallaf ni? Tak.

Anonymous said...

oh ya, lupa, melayu minoriti di pulau ini. mengikut sejarah kenapa Tunku bawa kami menyertai Mesia, kerana nak menyeimbangkan penduduk bumiputera di mana ketika itu Melayu bukan lah majoriti jika hanya Singapura dan Semenanjung bergabung. Tapi lepas tu, Singapura keluar. bagi aku, biarlah dia Islam. hehe.