Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Saturday

Blogger Neutral

Blogger Neutral #1
"Aku neutral. Tak menyokong mana-mana parti. Aku neutral. Aku juga lebih suka pendapat orang yang neutral."

Kesukaan Blogger Neutral #1 ialah membaca blog Bijan dan seangkatan. Selalu membenarkan segala tindak tanduk kerajaan. Dan nama blog Blogger Neutral #1 ialah, "BN FOR LIFE".



Blogger Neutral #2
"Aku neutral. Tak menyokong mana-mana parti. Aku neutral. Aku juga lebih suka pendapat orang yang neutral."

Kesukaan Blogger Neutral #2 ialah membaca blog DSAI dan seangkatan. Selalu membenarkan segala tindak tanduk pembangkang. Dan nama blog Blogger Neutral #2 ialah, "KITA PERLU TUKAR KERAJAAN".



Blogger Neutral hanya pada nama. Namun jelas sekali yang mereka bukan neutral mana pun. Macam mana pun, Blogger Neutral #1 pasti up kerajaan, down pembangkang manakala Blogger Neutral #2 pasti up pembangkang down kerajaan. Guna lah panggilan maha adil sekalipun, mereka tetap akan berat sebelah.

-----------------------------------------------------------------------

Masalah politik di Malaysia ialah, kita sokong parti. Yang sebenarnya, nak sokong tu bukan ikut parti, tapi ikut orang yang bertanding. Korang paham? Kalau tak, macam mana eh aku nak terang?

Macam ni lah ye;

Ada pakcik Dave. Pakcik Dave penyokong parti Foo Fighters. Pakcik Dave tinggal di negeri Johny Park. Pakcik Dave suka dengan wakil rakyat dari parti Foo Fighters sebab beliau telus. Keadaan di negeri Johny Park pun aman sejahtera.

Satu hari, pakcik Dave telah berpindah ke negeri Back & Forth. Disana ada satu pilihanraya antara wakil rakyat dari parti Foo Fighters menentang parti Alter Bridge.

Disebabkan ditempat lama pakcik Dave beliau telah menyokong parti Foo Fighter, jadi di tempat barunya pun beliau mahu menyokong parti Foo Fighter ini. Tapi pakcik Dave terlupa, yang ini wakil rakyat yang lain.

Jadi, pakcik Dave tak boleh berharap sangat yang sistemnya dan keadaannya akan sama seperti ni negeri Johny Park.

Ada paham?

Macam ni lah.

Tak semua orang dalam parti kerajaan itu benar dan tak semua salah.

Begitulah juga,

Tak semua orang dalam parti pembangkang tu benar dan tak semua salah.

Masalah masyarakat Malaysia sekarang ni, kita sokong parti, bukan orang yang bertanding. Kita lihat pada parti ketika mengundi, bukan pada sifat orang yang bertanding itu. Jadi, tak hairan lah kalau korupsi tu masih menjalar dalam sistem.

Ini hanya pendapat aku. Kalau tak suka, GTFO. =.=

3 comments:

Anonymous said...

aku melihat pada pemimpin. jadi untuk negeri aku yang punya maharaja, memang aku nak maharaja aku turun.

Akim Iqbal said...

ni betul.

Mr. AL said...

@Luc
Kalau kita melihat seorang ayah yang warak, belum tentu anak-anaknya sama.