Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Monday

Kuih Lapis #2

Pagi tadi, tengah gau sedap melayan milo ais dan kuih lapis sambil layan surat khabar bahagian sukan, terus sorang pakcik datang duduk semeja dengan gua. Gua tak kesah.

Gua teruskan membaca surat khabar, membaca perihal transfer window yang makin pelik jadinya.

Habis saja gua membaca bahagian sukan, gua terus menyelak surat khabar ke bahagian lain. Gua terselak ke bahagian politik. Gua cuma membaca tajuk besarnya sahaja. Lalu gua melipat surat khabar itu elok-elok, dan gua teruskan makan kuih lapis merah jambu putih selapis demi selapis.

Mungkin pakcik tadi perasan gua menyelak ke bahagian politik, lantas mula lah membuka perihal politik dengan gua. Cerita ini, cerita itu. Gua agak pakcik ni Ahli Jawatankuasa BN ni. Paling kurang pun, pro-BN paling kuat di kampungnya. Untuk menghormati beliau, gua hanya tersenyum dan mengiyakannya.


Selepas entah berapa lama, pakcik ni menamatkan topik politik beliau lantas bertanya kepada gua.

"Hang nanti hang nak undi apa? Hang jangan dok undi Cina. Hang nak ka negara kita kena perintah dengan orang Cina?"

........................................................


"Pakcik, umur saya baru 19. Lagi 2 tahun baru boleh mengundi kot. Sekarang saya student lagi. Student tak boleh berpolitik. Kena tangkap dengan U boleh kena buang nanti."


Heh. Malas nak layan pakcik ni.