Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Wednesday

Penipuan dan Tindasan

Korang pernah pergi Handphone Fair? Atau dengar khabar angin pasalnya? Yang diorang buka booth kecil-kecil tu, jual handphone lepas tu claim tu handphone Singapore set.

"Dey macha, mana ada hp buat kt Singapore." kata kawan aku.

Aku pergi gak la usha masa mula-mula buka. Lepas usha 2 3 bijik hp, aku tau tu barang ciplak, barang China. 3 4 kali gak la aku usha situ, sebab kat situ pun ada bukak booth jual barang pc. Baekkk punyeeee. Hak tuih!

Yang dasyatnya, mereka ni jual hp tiruan, tapi mahal. Lepas tu claim original. Tak ke haram jadah tu? Yang kesiannya, melihat makcik-makcik pakcik pakcik datang balik sebab hp ada problem dan sebagainya. Apa lagi, tukar yang baru, makcik pakcik tadi tersenyum la. Mostly, aku nampak orang yang tertipu ni, tak keterlaluan aku katakan, orang kampung. Yelah, jarang-jarang tengok hp canggih, tiba-tiba ada jualan murah. Rembat la sebijik.

Jadi, atas dasar rasa kesian dan tanggung jawab aku kepada masyarakkat setempat yang aku mula tinggal dari umur aku 7 tahun ni, aku buat report kat KPDNKK. Tapi, haram jadah betul, hp fair tu berlalu, dan aku anggarkan sudah ramai orang yang kena tipu. Hak tuih lagi kepada penipu!

Masa pun berlalu. Eh, lupa nak bagitau. Malas nak edit balik. Haha. Hp fair ni terjadi pada tgh Januari. Kononnya jualan untuk Tahun Bari Cina la. Ceh! Berbalik kepada cerita, awal bulan 3 hari tu, aku dapat surat. Siap tulis besar-besar lagi, "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA". Takut gua weh! Ingatkan waran tangkap ke apa. Hahaha.

Nak diceritakan, surat tu pasal laporan aku mengenai penipuan hp fair tu. Ni surat dia.

 KLIK UNTUK TUMBESARAN MAKSIMA.

okay, diorang reply. Kira bagus la tu. But think again, surat tu sendiri memang tahi, Reason yang mereka bagi tak logik langsung. Kata mereka, kerana no siri di hp sama dengan di kotak, itu kira ori la. satu je aku tertanya-tanya, ehem ehem.....

APA LU INGAT DIORANG MAMPU BUAT HP SEBIJIK, LU INGAT DIORANG TAK MAMPU NAK BUAT NO SIRI KAT KOTAK DENGAN KAT HP SAMA KE? FUCK YOU!


Malas tulis banyak-banyak. Ni pun dah banyak. Lu orang nilai sendiri. Ini lah jadi bila "nobody" nak report pasal "somebody".

2 comments:

Sca Ndx said...

aku pernah pergi sekali kat shah alam. semua handphone murah dari harga biasa. tapi...
made in china.

kau ni bagus gak. siap buat aduan.
tapi aduan disiasat

macam .. hmm.
pergi minum dulu..

Kays said...

takpe,nak jual hp jual la. ini gila2 punya tipu org. aku kesian je kat makcik pakcik ni.

KPDNKK nak tunggu VIP kena tipu kot baru nk bertindak.

well, in our dreams.