Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Friday

Hello mate.

kita perasan tak kita sepatutnya memiliki kewarganegaraan England?

Kita sanggup tidur pukul 8 malam, bangun pukul 2 pagi semata-mata ada game BPL tapi tak sedar pukul 9 malam tadi ada perlawanan MSL.

Berapa kerat orang kat Malaysia ni pakai baju pasukan bola negeri masing-masing? Berapa kerat pula yang pakai baju kelab kelab dari England sana tu? Aku baju Perak yang latest pun tak ada. Nasib baik lah baju Perak kaler kuning, aku pakai je jersey timnas Malaysia.

Berapa kerat orang tweet pasal perkahwinan diraja kat Malaysia ni? Berapa orang ada post status? Tapi berapa orang pula tertunggu-tunggu di depan tv macam final UCL semata-mata nak tengok Kate pakai baju apa?


Sememangnya kita layak memohon kewarganegaraan England, dan dengan mudahnya lulus.

2 comments:

Raihana Izzati said...

aku xde warganegara.

aku tak tengok wedding sapa2 pun-.-

AINNZ ABIGGAILL said...

Nak mohon , nak mohon!!