Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Tuesday

Subconscious Actions

Subconscious actions ialah tindakan yang dilakukan dalam keadaan separa sedar atau yang automatik dilakukan kerana telah menjadi norma atau kerana sudah biasa dari kecil. Contohnya, aku akan automatik menendang apabila dilemparkan sesuatu kepada aku. Aku juga akan automatik mengantuk jika diberi baca buku yang berilmiah. Aku juga akan tutup hidung bila terdengar bunyi kentut. Semua ini kita buat kerana ianya telah menjadi norma. Walaupun kentut tu tak busuk.


Hari ni aku ikut pergi buat shut down kat kampung mana ntah. Orang kampung ramai yang tarik muka. Hahaha.

Kerja punya kerja, tahap penat aku mencapai tahap maksima. Loi loi je aku dah jadi. So, one moment ni, orang yang kat atas pencawang tu suruh aku ketepi sebab dia nak baling gergaji ke bawah. Bila dia baling je, automatik kaki aku macam nak menendang.

BODOH! Bodoh gila aku rasa. 

Ahhh, malas aku nak tulis panjang-panjang. Pengajaran cerita ni, kadang-kadang kita patut bertindak di luar norma. Contohnya, apabila orang menganggu kita, selalunya, marah ialah tindakan yang paling norma. Tapi, kadang-kadang kita kena keluar daripada norma tersebut. Bila kena usik-usik cubit-cubit, bertindak pula dengan kadar sarkastik yang tinggi. Pasti tidak akan diganggu nyamuk lagi.


Pesanan khidmat masyarakat ini untuk budak-budak yang tahap emosi mereka terlalu tinggi.

2 comments:

Sca Ndx said...

benda biasa senang buat.
benda luar biasa? hee

Mr. AL said...

benda luar biasa boleh buat. di luar kesedaran diri, maksudnya dalam keadaan separuh sedar yang mana kita sedang di hypnotized contohnya, kita mampu melakukan sesuatu yang tak mampu kita lakukan ketika dalam keadaan sedar.