Untuk apa gua letak nuffnang ni pun gua tak tahu.

Thursday

The Catalan 2 Los Blancos 0

Walaupun aku tengok match ni sambil memakai baju Barcelona, aku agak kecewa dengan match tadi. Setiap kali perlawanan antara dua rival turun-temurun ni, aku kecewa menonton sebenarnya. Lebih kepada perlawanan gusti. Kalau nak kata siapa lebih berhak menang, dah tentu aku kata Barca. Mereka main cantik, dan kebetulan aku ada baju Barca je, baju Madrid tak ada. Paham paham lah ye.

Tapi bagi aku, attitude keseluruhan pemain Barca agak keji. Setiap kali player Madrid buat foul, pemain Barca akan ramai-ramai serbu referee suruh keluarkan kad. Referee tu tahu la kerja dia. Pfftttttt.....

Tapi tadi Messi memang top class.

Apa-apa pun, aku bukan glory hunter. Nampak Barca terlampau kuat kan? Aku tetap kukuh di belakang Setan Merah. Kalau baju Barca aku ada 1, baju Man Utd entah berapa banyak aku ada. Sejak aku kecik lg aku dah ada jersey Man Utd. Jersey Perak pun aku ada 2 je sepanjang hayat ni. Kita kan orang England. Heh!

Ada baju tak semestinya minat. Tapi sila faham betul-betul maksud aku.

2 comments:

eszol raar said...

matilah kau setan merah

Mr. AL said...

eeyy hantu, nyah kau dari sini.